RESEPI DAGING KETUMBAR
Assalammualaikum semua
Dari hari ke hari ashiklah lupa nak buat Daging Ketumbar ni.
Resepi ni asalnya dari Permaisuri Agong Malaysia, tetapi diperkenalkan oleh Pereka fesyen MALAYSIA, terkenal iaitu Dato Rizalman yang telah bersara dari dunia fesyen.
Kalau boleh sebaiknya guna daging ros atau batang pinang sebab tak payah rebus.
- Bahan bahan
- 1/2 kg daging batang pinang yang di hiris nipis.
- 3 sudu makan ketumbar
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula pasir
- Bahan
- minyak masak
- 2 biji bawang holand
- hiris bulat
Cara caranya
Potong daging saiz kecil,kemudian toskan sehingga kering,.
Masukkan bahan-bahan kecuali minyak dan bawang Holland.
Perap sekejap.
Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan perap dan goreng hingga daging empuk.
Bila daging sudah empuk, masukkan bawang holand, biar sehingga bawang tadi layu. Daging ketumbar siap untuk dihidang bersama nasi panas-panas.
Selamat mencuba

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamIONQQ**COM
BalasPadamagen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217 :-* (f)