OOO

Khamis, September 24, 2020

MASAK SAYUR PUCUK MANIS DAN KHASIATNYA

Assalammualaikum semua

Akak adalah tanam pucuk manis/sayur manis kat belakang rumah.


Selalu gak lemak campur labu atau pun keledek.  Ikut mood akak lah sebab I am queen in the kitchen. 

Akak ada tanam kat tiga tempat, caranya senang ajer. Mula mula akak beli kat pasar. Akak ambik batang yang keras pastu cucuk kat tanah lepas ambik daunnya. 

Bila dah tumbuh daun patah atau gunting batangnya, ambik daun pastu tanam balik. Buat setiap kali dah ambik daun untuk masak. 

Orang kata sayur pucuk anis kaya dengan Dikatakan, ia adalah salah satu tumbuhan yang mengandungi vitamin K. 

Daun cekur manis yang segar dan baru dipetik mengandungi lebih banyak provitamin A karetinoid, selain kaya dengan vitamin B, C, protein dan galian. Daun yang matang mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding daun muda.

Daun cekur manis boleh merawat :

  • Pening kepala

  • Tekanan darah rendah
  • Panas badan
  • Pengeluaran susu ibu yang kurang
  • Sistem pembuangan air kecil bermasalah
  • Penyakit jantung dan saluran darah (cardiovaskular)
  • Wanita yang baru  bersalin. 

Sekarang ni agak payah nak jumpa sayur pucuk manis atau ada yang panggil sayur cekur manis.


Baiklah tanam sebab senang nak tumbuh. 

1 ulasan:

  1. Sedapnya masakan begini! Suka masaka lemak putih. Aromanya cukup membangkitkan selera!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...