OOO

Khamis, Oktober 08, 2020

CUTI PULAU LANGKAWI 2020

BERCUTI KE PULAU LANGKAWI 

28 SEPTEMBER - 1 OCTOBER 2020 

Assalammualaikum semua

Tak tau kenapa suami setuju nak ke sini, selalunya dia tak berminat. 

Tapi kita cuma dapat merancang Allah SWT yang menentukan segalanya. 

Kami ambik tiket dan penginapan semasa promo Airasia. Harganya memang di luar jangkaan. Murah sangat.

Bila suami tak dapat join akak ajak dua anak lelaki sebagai teman. Kalau tak pergi rugi gak kalau burn macam tu ajer. 

Beli tiket baru untuk Imran, Firdaus terpaksalah keluarkan duit sendiri. Kesian gak tentu lari budget dia.

Nasib  baiklah pernerbangan dari KLIA2 ikut jadual.

Tapi masa nak landing hujan lebat lak kat Pulau Langkawi. Terpaksa tunggu 15-20 minit nak turun.๐Ÿ˜…

Perut lapar, terus makan petang. Nanti akak pot pet pulak pasal tempat makan yang kami terjah. 

Sampai kat Berjaya Langkawi dah petang. Terus masuk bilik dan lepak. Makan malam pun suruh anak jer yang belikan. 

Pagi bangun barulah badan rasa fresh. Kami tak ambik pakej breakfast pun.

Masalah kat chalet ni bnyak tangga nak kena didaki. Penat lak lutut akak dibuatnya. ๐Ÿ˜˜

Lepas balik dari jalan jalan hari kedua, akak minta tukar ke chalet yang landed. ๐Ÿ˜…

Ada buggy disediakan, oleh sebab akak ni payah nak panjat naik dan turun kena minta stool. ๐Ÿ˜„

Ni lah stool yang berjasa๐Ÿ˜œ

Ahamdulliah ada bilik kosong cuma kena tambah duit lagi. Tak apalah, percutian untuk tenangkan minda bukan untuk rasa kesakitan.๐Ÿ˜”


Oleh sebab masa PKPP cuma sebahagian sahaja bilik di buka, tak ramai lah yang tidur kat sini. 

Yang dah halal bercouple boleh ambik yang seaview,  cantik pemandangannya. 

Kat sini kalau gi reramai memang best, macam macam boleh buat. Kami kat Langkawi cuma jalan jalan makan makan, beli coklat, tak beli pun periuk belanga. 

Nanti kena pot pet dengan Daus dan Imran. Tu yang tak best kalau naik flight.  Kena beringat kalau nak nak beli barang besar dan berat. 


Akak suka lak ambik gambar kat sini terutama di waktu paggi dan petang. 

Akak dah share kat fb dan IG, nak gak buh kat sini untuk kenangan.

Walaupun ada monyet, dia tak kacau, syarat nya jangan bagi makan. Habis lah kena kerumun.

Sekarang ni pihak hotel telah mula pasang jerat nak pindah kan monyet kat tempat lain.

Walaupun beli coklat dan minyak gamat bila balik  terlebih muatanlah  pulak bila timbang.

Nasib baik ada bawa beg spare, punggah jap kat tepi tempat timbang sebab masa tu tak ada orang.

Alhamdulliah dipermudahkan segala urusan kami masa di sana.

Nanti akak cerita pasal tempat makan yer

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...