OOO

Isnin, Mei 17, 2021

KERABU EPAL DAN IKAN BILIS DATO RIZALMAN SEDAP

 🌷RESEPI KERABU EPAL HIJAU

Assalammualaikum semua

Tenguk tak Pungpang Rizalman? Akak suka tenguk sebab nak dengar pot pet pot pet dia😍

Walaupun ada resepi yang dia masak lebih kurang sama dengan yang akak masak, ada gak resepi yang akak tak pernah cuba.

Salah satu yang nak buat ialah resepi ni.

Akak cuma tambah hirisan daun kantan nak bagi lebih umphh.

Ikan bilis  dan gula tu ikut ke hendak hati tau.

Ada yang suka manis ada yang tak suka. No hal kan😏

Masa taip pun masih teringat ingat lagi kerabu ni.😘



Nak buat lagilah😏

Rabu, Mei 12, 2021

RESEPI BISKUT HULK VIRAL AZLINA INA

 

Assalammualaikum semua. Hari ni hari terakhir kita berpuasa. Dah mula nak masak untuk rayakan. Boleh dikatakan semua yang merantau jah tak boleh balik kampung beraya untuk tahun kedua. 

Nama biskut pun kemain glam. Nama watak dalam TV yang jadi kegemaran masa kami kecik dulu. 

Sekarang ni ada orang panggil "Mak kau hijau😅.

Tahun ni akak cuba kukis raya Azlina Ina jer. Semangat nak buat dari minggu pertama puasa.


Tapi bila dapat tau anak menantu tak boleh balik sebab MCO 3 mood makin berkurang.

Nasib baik sempat bagi mak untuk kudapan di pagi raya. Nak buat Tart Nenas pun tunggu lepas raya.



Bahan kukis ni memang banyak sungguh.  Pastu kena pandai tenguk kat FANPAGE dia. 









Pastu bulat buatkan sebesar guli buh atas cornflakes dan susun atas dulang pembakar



Akak guna jer pewarna hijau cap koepoe, malas nak beli baru, nanti tahun depan pun tak habis lagi. Banyak gak dapat. Kalau rasa tak rajin cuba buat 1/2 adunan dulu yer.

🌷TIPS

Tepung gandum  jangan masuk sekali gus, rasa dah boleh lekat cornflakes tak yah ikut resepi. 

Rabu, Mei 05, 2021

TANDAS KAMPUNG PUAH HILIR 1970an

 Assalammualaikum

Suka tenguk IG pelakon Norkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17).

Ada satu lokasi yang beliau pergi di Perlis tandasnya persis macam kat Kg Puah Setapak Kuala Lumpur pada tahun 60an.

Terus teringat kenangan masa kecil. Masa tu kami memang me labur di tandas awamlah kiranya.

Kegunaan setiap rumah terutama rumah kami berhampiran dengan sungai.

Buat sama sama, guna pun sama sama. Paling tak best bila sakit perut waktu malam, terpaksa lah mak atau abah teman ke situ.

Kenangan zaman silam, illustration akak jer. Jalan nak ke tandas ni memang semak kat belah kiri dan kanan.

Tandas kami buat dari kayu ajer. Memang betul betul tepi sungai, terus jer jatuh atas air. 😜 

Tapi tak best bila musim panas air sungai kurang. Bau menyebar seluruh alam bila jatuh kat tebing ajer. 😄

Taklah macam ni. Kalau malam guna lampu picit.

Macam ni lah lakaran tentang tandas kami yang akak ingat. Kalau ikutkan nama sungai tu Sungai Gombak. Masa sekolah rendah sungai ni masih jernih, banyak lagi ikan yang boleh di tangkap. 

Abah ada tanam sayur dan bela ayam kat belakang umah. Seronok dapat abah yang rajin bercucuk tanam. 

Paling seronok bila kutip telur ayam. Yang paling akak ingat bila kami bertiga kena kurung dalam reban ayam sampai malam.😅

Tak ingat apa kesalahan yang kami adik beradik buat. 

Bila dah besar, tak silap masa dah sekolah menengah abah dah buat tandas dalam rumah. Tapi ada juga orang kampung masih guna tandas tu terutama orang bujang yang menyewa disitu. 


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...