OOO

Rabu, Mei 05, 2021

TANDAS KAMPUNG PUAH HILIR 1970an

 Assalammualaikum

Suka tenguk IG pelakon Norkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17).

Ada satu lokasi yang beliau pergi di Perlis tandasnya persis macam kat Kg Puah Setapak Kuala Lumpur pada tahun 60an.

Terus teringat kenangan masa kecil. Masa tu kami memang me labur di tandas awamlah kiranya.

Kegunaan setiap rumah terutama rumah kami berhampiran dengan sungai.

Buat sama sama, guna pun sama sama. Paling tak best bila sakit perut waktu malam, terpaksa lah mak atau abah teman ke situ.

Kenangan zaman silam, illustration akak jer. Jalan nak ke tandas ni memang semak kat belah kiri dan kanan.

Tandas kami buat dari kayu ajer. Memang betul betul tepi sungai, terus jer jatuh atas air. 😜 

Tapi tak best bila musim panas air sungai kurang. Bau menyebar seluruh alam bila jatuh kat tebing ajer. 😄

Taklah macam ni. Kalau malam guna lampu picit.

Macam ni lah lakaran tentang tandas kami yang akak ingat. Kalau ikutkan nama sungai tu Sungai Gombak. Masa sekolah rendah sungai ni masih jernih, banyak lagi ikan yang boleh di tangkap. 

Abah ada tanam sayur dan bela ayam kat belakang umah. Seronok dapat abah yang rajin bercucuk tanam. 

Paling seronok bila kutip telur ayam. Yang paling akak ingat bila kami bertiga kena kurung dalam reban ayam sampai malam.😅

Tak ingat apa kesalahan yang kami adik beradik buat. 

Bila dah besar, tak silap masa dah sekolah menengah abah dah buat tandas dalam rumah. Tapi ada juga orang kampung masih guna tandas tu terutama orang bujang yang menyewa disitu. 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...