OOO

Rabu, Julai 20, 2022

DRAMA HONEYMOON TV3 EPISOD 2

 DRAMA HONEYMOON TV3

Assalammualaikum

Terlayan pulak cerita baru kat TV3. 

Kelakar betul bila Zara Zya jadi gemuk dalam drama ni. Gedik Gedik comel si Zara. 

Mesti Tak Sabar Tengok Drama Honeymoon Lakonan Ben Amir Dan Zara Zya ni kan. 

Episod kedua hari ni Munah panggilan ibu ayah di kampung aka Moon nama baru dapat kerja kat Kuala Lumpur.

Moon dapat kerja kilang  kat Kuala Lumpur. Duk dengan member sekampung. 

Ben Amir jadi penyiasat persendirian. Ternampak ke kasih hati buat hal masa buat kerja di sebuah cafe. 


Maira anak mak long Moon pun duk Kuala Lumpur. Berlagak sesangat. Kerja kat office.. Tu pasal mak long dia eksyen dengan Mak bapak Moon. Tersuka dengan Am yang balik bercuti kat kampung. 


Suka tenguk pelakon Dynas Mokhtar yang bertudung dalam drama ni. 


Jom layannn lah baru best. 

Rabu, Julai 13, 2022

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS

Assalammualaikum 

Selama ni kan ashik lah guna tepung gandum bila buat cekodok pisang. 

Ada ternampak kat fb orang yang pernah kata kalau guna tepung beras lagi ranggup. 


Kebetulan pisang kat pokok dah masak. Dengan rasa semangat yang jitu pagi pagi lagi akak dah ke dapur nak buat. 

Akak campurkan sikit kelapa parut dan gula perang. 

Bahan bahan

10 biji pisang

1 sudu besar gula petang

3 sudu besar kelapa parut

1-1 1/2 cawan tepung beras

Secubit garam dan 

Minyak masak untuk menggoreng 


Cara caranya 
Lenyek atau hempuk pisang. Jangan hancur sangat tau. 
Masukkan semua bahan kecuali minyak masak. 
Kalau nak rasa pisang banyak jangan masukkan tepung banyak. Agak agak boleh jemput pakai tangan dah ok dah. 

Bila dah sebati, panaskan minyak. Api jangan besar tau. 
Gunakan jari ambik anggaran besar mana yang kita suka, masukkan dalam minyak yang dah panas. 

Kacau kacau selalu hingga warna keperangan gelap bolehlah di angkat. 

Jumaat, Julai 08, 2022

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

 Assalammualaikum

*Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah*


*WAKTU ARAB SAUDI*

9 Zulhijjah - Jumaat - 8 Julai 2022

Zuhur πŸ‡ΈπŸ‡¦ 12:04pm

Maghrib πŸ‡ΈπŸ‡¦ 6:51pm


*WAKTU MALAYSIA*

8 Zulhijjah - Jumaat - 8 Julai 2022

Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 5:04pm

Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 11:51pm


Bagi yg berada di πŸ‡²πŸ‡Ύ, Puasa pada Hari Jumaat di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari Sabtu 9/7/2022 (9 Zulhijjah 1443H) dikira Puasa Arafah.*


Bagi yg ingin mengambil manfaat waktu yang sama dengan waktu Arafah di Arab Saudi ummi kongsikan seperti diatas. 


Semoga Allah qabulkan segala hajat sahabat sahabat sekalian dan diberikan apa yang terbaik.Titip Nama akak dalam doa kalian. 

Kita saling doa mendoakan.. 

Aameenn.. 

In shaa Allah.. 


DOA YANG TERBAIK PADA HARI

       ARAFAH OLEH JAKIM


Bermula jam 5.26 ptg hingga jam 12 mlm ni.. 

Anak anak ambil peluang ye..  


✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus


✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).


✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.


✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Tetapkan hatiku di dalam islam dan ketaatan kepadamu. Selamatkan aku daripada kejahatan dan kesesatan. 


✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.


✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.


✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..


✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.


✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


Aameenn

Kredit

FB Ummi

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...