OOO

Rabu, Julai 13, 2022

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS

CEKODOK PISANG TEPUNG BERAS

Assalammualaikum 

Selama ni kan ashik lah guna tepung gandum bila buat cekodok pisang. 

Ada ternampak kat fb orang yang pernah kata kalau guna tepung beras lagi ranggup. 


Kebetulan pisang kat pokok dah masak. Dengan rasa semangat yang jitu pagi pagi lagi akak dah ke dapur nak buat. 

Akak campurkan sikit kelapa parut dan gula perang. 

Bahan bahan

10 biji pisang

1 sudu besar gula petang

3 sudu besar kelapa parut

1-1 1/2 cawan tepung beras

Secubit garam dan 

Minyak masak untuk menggoreng 


Cara caranya 
Lenyek atau hempuk pisang. Jangan hancur sangat tau. 
Masukkan semua bahan kecuali minyak masak. 
Kalau nak rasa pisang banyak jangan masukkan tepung banyak. Agak agak boleh jemput pakai tangan dah ok dah. 

Bila dah sebati, panaskan minyak. Api jangan besar tau. 
Gunakan jari ambik anggaran besar mana yang kita suka, masukkan dalam minyak yang dah panas. 

Kacau kacau selalu hingga warna keperangan gelap bolehlah di angkat. 

3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...