OOO

Selasa, Mac 28, 2023

AYAM GORENG TEPUNG RANGGUP DAN SEDAP

Assalammualaikum semua

Malas betul nak update blog sekarang ni. Mood kureng dah. Atau faktor usia. 


Jom lah kita goreng ayam guna tepung gandum campur tepung jagung. 

Bahan bahan

1 Labu bawang putih 

1 ekor ayam potong kecil

Garam

1 inci halia 

2 biji telur

Sedikit serbuk kari


Cara-caranya

Ayam di basuh bersih dan toskan. 

Kisar bawang putih dan halia.

Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam ayam.

Perap dalam 30 hingga 1 jam.


Bahan untuk tepung

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1/2 kiub ayam

Sedikit garam

Sedikit serbuk lada sulah, serbuk kari dan serbuk lada hitam. 

Cara caranya

Gaul semua sehingga sebati kecuali telur. Peraplah 30 minit paling kurang. Kalau perap lama lagi sedap. 


Campur semua tepung dan bahan lain hingga sebati. 


Masukkan telur gaul kemudian salut dengan tepung. 

Goreng guna api sederhana besar hingga kekuningan. Toskan. 


1 ulasan:

  1. sedap ni.. makan panas2 cicah sos. kena plak mkn depan TV.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...