anak akak kata..mak cam adik beradiklah dgn kak As
Bila akak taip status kat FB akak ada kat hotel ini ..tiba-tiba ada geng blogger bagitau dia pun ada gak satu hotel dengan akak. Dia minta no hp dan akhirnya kami berbalas sms.Wah seronoknya bila dapat jumpa geng yang dah lama tak jumpa Asfieda. Kami jumpa sekejap di bawah sebelum akak naik bus kul 8.30 ..kami tak satu jalan sebab As naik bus pukul 10.30 pagi.
dari dulu sampai sekarang masih ada lagi rupanya orang sidai kain pakai buluh/galah ni. Last akak gi ke Singapore pada tahun 1988..
Perjalanan ke USS mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam termasuklah turun naik di imigresen Malaysia dan Singapore. Masa kat Imigresen Malaysia pun ada sorang blogger yang tegur akak. Maaflah akak tak perasan yer El-Zaffril...al maklumlah dah lama tak jumpa kamu.
Sebelum tu kenalah isi borang putih dan kami telah di beri ingatan supaya jangan nak mengada-gada ambil gambar kat imigresen Singapore.
Akhirnya sampai gak kami kat sini...aiseymennnnn tak nampak pulak muka Ira dan Imran sebab masa tu dorang baru keluarkan asap
Memang kena ambil gambar kat sini kannn..buat kenangan
Ramai sungguh orang masa kami pegi hari Rabu 28hb yang lepas..
al maklumlah cuti panjang.
Tak payah lagi cari kaunter tiket..terus ajer ke pintu masuk bawa kertas yang kita print sendiri..nanti dorang scan ajer
Oleh kerana anak-anak nak gi naik Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON yang boleh buat akak sakit jantung dan termuntah akak terpaksalah gi jejalan sorang sorang. Oleh sebab orang ramai nak main satu games kena beratur dalam 1 jam lebih baru boleh main. Kalau ada duit lebih boleh beli tiket express...berbaloi tau walaupun agak mahal harganya. Korang boleh potong barisan berpuluh-puluh orang
Nasib akak agak baik sebab bila sampai kat Far Far Away akak tak payah beratur panjang dan terus masuk tenguk Shrek 4-D Adventure..best sebab bila tonton wayang tu..kerusi bergegar cam kita naik kereta kuda dan kena sembur air.
Bila jejalan kat Lost World panjangnya orang beratur ..akak malas nak beratur akak terus tenguk pertunjukan ini. Sebelum pertunjukkan bermula orang yang duk kat barisan bawah ashiklah kena siram dengan air.
Sporting budak kecik ni...tak kisah pun bila kena siram air
Pertunjukkan ini Based on the blockbuster film, "Waterworld..pelakon stunt kebanyakkannya omputih
Macam biasalah kannn orang jahat akan kalah akhirnya.
.bingit gak telinga dengar bunyi bom dan kena hidu bau asap
Konon nak naik RANSFORMERS The Ride:
Tapi bila tenguk orang ramai beratur pastu kena tunggu dalam 1 jam 40 minit...fuh tak sangguplah
Akak gi jejalan kat Zone New York pula. Bila jejalan kat sini bervangan macamlah kita sedang jejalan kat New York di US tu..
Sempatlah bergambar dengan klon sape tah..tak ingatlah.
Kalau kita sorang sorang ada staff yang akan ambilkan gambar.
p/s Nantikan sambungannya yer
