OOO

Memaparkan catatan dengan label A'Famosa Resort Malacca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A'Famosa Resort Malacca. Papar semua catatan

Khamis, Mei 31, 2012

Best Ker A'Famosa Resort Malacca?

Cuti sekolah kali ni kami bawa anak-anak 4 orang gi ke Famosa Resort Melaka.  Dekat ajer kan..tak per janji bawa si  Imran yang ashiklah merengek bila lalu jalan ni..mak ...nak masuk tenguk Famosa camner sebab bila balik kampung suami/akak selalunya guna jalan Simpang Ampat.

Emak yang tak sampai hati suruh anak gi beli pakej masa Matta Fair bulan Mac yang lalu.  Nasib baik ada duit Nuffnang lebat masa tu..alhamdulliah...bolehlah akak sponsor..suami cuma bayar tol dan tuang minyak ajer.
 
Kami pernah duk semalam kat sini 10 tahun lepas..masa tu Imran umur tak sampai setahun, dah sahlah dia tak ingat yang dia pernah sampai kat sini. Dulu condo yang kami duk bukan kat sini..tempat lain.  Sekarang dah jadi Kolej Unfield..kalau tak silap.

Check in pukul 4.00..terkejut beruk akak dengar..amboi lama betul...teruk kan polisi hotel sekarang ni..nak check in lambat tapi bila nak check out  suruh cepat-cepat..macam biasa pukul 12.00.  

Kami hantar dulu anak-anak main air kat Water World dulu..pastu  kami gi gak ke kaunter check in nak tenguk bernasib baik ataupun idak.  Kalau dapat.. dapatlah..tak dapat kenalah merayau sambil dating sampai pukul 4.00 petang.

Sebelum tu sempat gi makan tengahari kat simpang ampat..alahai nak cerita tempat kami makan tu tak sampai hati..tak sedap aaa..pastu beli jajan untuk anak-anak.
Alhamdulliah..dapat gak masuk bilik dalam pukul 1.00 lebih..senang hati rasanya.
Oleh sebab anak semua ada(tak termasuk Yana) akak  ambil package condotel 2 bedrooms
cukup untuk 6 orang tidur, kalau nak tambah orang lagi pun boleh sebab tempat luas..tapi kenalah bawa toto dan bantal sendiri.  

Akak ambil juga 3 tiket water world dan 3 tiket masuk ke Cowboy Town , Carnival..untung ambil package kat Matta Fair sebab murah dari harga walkin ...jumlah semuanya RM260..murah bukan. Tapi kalau dah fixed date kena datang kalau idak kena bayar lagi..tak taulah berapa. Harga ni tak masuk breakfast yer. 

Oleh sebab ambil tiket 3 sajer untuk ke water world..kena tambah lagi satu tiket untuk Firdaus..waduh kena RM40.00 termasuk makanan tengahari..2 bungkus nasi dan air tin 1..alahai anak akak kata..makanan tu teruk tul lah..tak berbaloi dengan harga.
Tempat parking memang menggerunkan sebab sunyi sepi....pastu macam tak terjaga. Kalau akak sorang memang seram aaa...mesti fikir macam-macam.  Nak naik ke bilik tak leh naik lift  dari P1 ataupun P2, kena turun guna tangga nak ke lobi semula.  Macam leceh aa sebab bawak barang..lelama turun balik dan parking kat bawah ajer.

Air cond kat bilik kecil untuk 2 orang tidur tak berfungsi dengan baik, cuma keluar angin sajer..bila buat aduan dorang kata nak hantar orang repair, sampai ke sudah tak datang juga.  Nasib baik cuma sehari semalam, kalau lama akak mesti buat aduan lagi. 
 
Peti ais mini dari kami sampai sampai esoknya tak sejuk-sejuk..dah buat aduan sama dengan air cond tapi tak datang gak.

Bilik air, tempat makan, tempat lepak dan tempat tidur bersih...puas hati. Malam kami berempat gi tenguk carnival..anak lelaki dorang gi tapau makanan kat Pasar Malam Tampin berdekatan Giant.  Kami makan yong tau fo yang di rekemen oleh member yang family dia duk kat situ.  Lupa nak ambil gambar sebab dah kelaparan..al maklumlah dah dekat kul 11.00 baru show habis.
kolam renang pun ada tapi dorang mandi sekejap ajer..tak bestlah mak..
kata anak-anak..alahai banyak songehlah dorang ni
Imran lagi best layan mandi buih dalam tub ni....habis kecut semua..hi hi hi
Suka tenguk pemandangan macam ni..tidur semalam pun cukup..janji telah di tepati..tertunai hasrat dihati Imran..

ok Imran kena janji dengan mak pula..kena belajar sungguh-sungguh tau..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...