OOO

Memaparkan catatan dengan label Akasia Chinta TV3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akasia Chinta TV3. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 22, 2010

Episod 16 Cerita Chinta | Drama Akasia TV3

Memang bestkan tenguk Chinta lakunan fs ni..akak snap masa hari Rabu lepas..ingatkan nak  habis  minggu ni rupernya  panjangnya lagi..
Lawa sungguh fs pakai baju pengantin ni.  Agaknya kalau kawin dengan Jejai tu..lagi lawa kot.
Kononnya  Chinta nak kawin dengan sugar daddy dia Osman Kabila, tapi nasib baik pakcik osman tu tau rahsia hati di antara Chinta dan Amar.   Langsung beliau membatalkan upacara pernikahan beliau dan memberi kebenaran kepada Chinta agar berjumpa dengan Amar di hospital.
Bestnya gi jumpa kekasih hati di hospital pakai baju pengantin.
 Memang sengal mak dan bapa saudara Chinta ni...nak ambil kesempatan..nak minta banglolah, kereta alphard kononnya untuk kegunaan mak Chinta.  Nasib baik Osman  (sugar daddy Chinta )tu tak layan .  Bila Chinta tak jadi kawin dengan Osman, mereka pulak yang marah.

Kecian dengan mak Chinta kan...hati ibu sape tak sakit bila orang lain kutuk anak sendiri.
Chinta dan Amar ingin membina hidup baru.  Amar ingin kembali ke kampung setelah berkawin dengan Chinta. Masa ni Amar di tembak  dek Fikri masa Fikri dan geng menculik Chinta.
Tapi sayangnya di hari pernikahan mereka berdua Amar telah di tembak sekali lagi oleh Fikri dan Fikri mati di tembak dek bodyguard Osman Kabila.  Chinta jatuh pengsan bila mendapat tau Amar telah di tembak.
Musnah segala impian Chinta bila mengetahui Amar telah meninggalkan beliau buat selama-lamanya.
Beliau menyalahkan Osman Kabila  di atas kematian Amar.
Ibu Chinta telah memaafkan kesalahan anak beliau.  Tibalah masanya Chinta melahirkan anak Fikri. Chewah macam real ajer ek..
Kesian dengan baby ni..ibunya tidak mahu membelanya di sebabkan sakit hati terhadap Fikri.  Agaknya camtu kot orang yang buang anak..terlampau sakit hati sampai anak di buang merata-rata.  Mungkin juga di sebabkan rasa malu.
 Osman Kabila telah membela anak perempuan Chinta sehinggalah ia berumur 4 tahun. (kalau tak silap)

Chinta masih lagi melakukan kerja sebagai pelacur kelas tinggi.   Tenguk jangan tak tenguk yer..akak memang tengukkk

p/s sape perasan ni episod berapa ek?

Rabu, September 29, 2010

Sinopsis Drama Chinta Slot Akasia TV3

Teraju utama drama Chinta TV3 yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu 
 termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Nampaknya watak Fasha Sandha cukup mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon.  
Sinopsis Chinta TV3
 Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.
 
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup menjualnya kepada Pak Haji disebabkan telah berjanji. 
Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.
Abang Chinta telah menyuruh Mustika meletakkan ubat tidur dalam minuman air limau dan Chinta telah di tipu oleh abangnya dengan mengatakan ayah dia sakit dan terus membawa Chinta yang telah tidak sedarkan diri ke motel lalu di rogol oleh Pak Haji (boss abang Chinta) .

Abang Chinta telah mengambil gambar kejadian rogol tersebut dan telah mengugut boss dia supaya memberi wang kepada beliau demi membolehkan beliau berkawin dengan Mustika.
 Sayangnya jejaka yang mencintai Chinta sanggup merogol Chinta  (setelah melihat gambar Chinta di rogol oleh Pak Haji) semasa ibubapa Chinta menghantar rombongan peminangan ke rumah Mustika.  Dalam perjalanan baru ibu Chinta teringat yang cincin pertunangan tertinggal di rumah dan rombongan berpatah balik dan bila sampai di rumah mereka terperanjat  bila terlihat kelibat Fakri yang berpakaian tidak kemas.
Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).
Drama Chinta telah mula  di tayangkan bermula pada 27hb, September 2010 dalam  slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam. 
 Buat peminat Fasha Sandha, bolehlah korang layan Drama Chinta TV3. Seperti kata Fasha Sandha, “Chinta adalah hadiah buat peminat setia saya untuk melihat transformasi Fasha Sandha secara maksimum“.

p/s..sebenarnya tak minat dengan fs ni disebabkan isu terhangat beliau tu..tapi oleh sebab best cerita tu akak pun layan jugaklah...

mungkin jejai pulak yang terasa di awang-awangan bila ternampak muka fs ni, betul tak  jejai.
 


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...