OOO

Memaparkan catatan dengan label Al Rawsha Restaurant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Rawsha Restaurant. Papar semua catatan

Khamis, Februari 28, 2013

Al-Rawsha Restaurant Kampung Pandan

Assalammualaikum semua

Dulu akak pernah gi sekali kat restoran Al Rawsha kat Jalan Ampang..masa tu bulan puasa ..dek kerana nafsu nafsi dan  tak tau yang nasi ni banyak..tamak order sampai 2 pinggan..haa ambak kawww...tak terhabis makan..perut masa bulan puasa kan kecik..makan sikit dan minum air segelas terus jadi penuh perut.
 Bila gi sekali lagi kat Al Rawsha Kampung Pandan  pun camtu gak..masih tak teringat yang sepinggan nasi boleh makan 4-5 orang..
bila sampai terus teringat kisah dulu..last-last kena tapau bawak balik..ishhhhh asal terlupo pulak ek 
Berbaloi gak makan lamb kabsha dan  chicken madghut ..baru RM25.00 untuk makan 4-5 orang..



dek kelaparan...terlupa nak ambik gambar..mixed grill ni memang sodap..
akak ambik lamb kebab dan chicken kebab..RM30.00
Yang buat tak best sebab Air kat sini mahailah..suasana kat situ memang selesa..yang paling bagus sebab bila ada azan berkumandang bila sampai waktunya..surau pun ada gak (gambar cilok kat fb al rawsha)

8, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur,  
WP Kuala Lumpur




Khamis, September 16, 2010

Food Review-Al Rawsha Restaurant di Jalan Damai, Kuala Lumpur

Kami makan kat sini masa minggu terakhir bulan puasa yang lalu. Kami tak ambil buffet sebab bila buka puasa selalunya makan sikit ajer. Buffet RM40.00 seorang..kanak-kanak RM22.00 (kalau tak silap). Kami ambil ala carte ajer..tak nak membazir duit sebab kalau RM40.00 x 6 orang + RM22.00 x 1 dah berapakan..lagi mahal..
Suker dengan deco kat sini. Kami tak lepak kat luar sebab panas rasanya tapi kami booked tempat kat family room. Selesa sikit sebab ada air cond. Kami datang sini nak makan masakan arab da..

antara menu di situ..ambil kat google..lupa nak snap.klu nak tgk lagi gi ke SINI

Oleh sebab kami tak tau nasi sebanyak itu.(ambil makan untuk chicken madgnut -4 orang makan)..sampai tak habis makan..tapau buat makan sahur. Masakan kat sini memang sedap. Harga pun boleh tahan.

Ambil cuti 2 minggu semata-mata nak balik beraya
dan balas dendam nak makan lauk raya..
Anak lelaki akak kalau gi tempat makanan arab memang suka hisap sishya..(Imran tak hisap..acah ajer tu)..nak buat camner..umur dah melebihi 20 tahun.

Al-Rawsha Restaurant
No. 78 Jalan Damai off Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
Tel: +603-2143 9151
Fax: +603-2145 6943

...ada 2 -3 tempat makanan arab kat sini. Mula-mula nak makan kat Andulisa tapi dah ada orang booked tempat tertutup (family room). Jadi kami gi ajer kat sini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...