OOO

Memaparkan catatan dengan label AyamResepi Rendang Ayam Minang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AyamResepi Rendang Ayam Minang. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 31, 2017

Resepi Rendang Ayam Kesukaan Anak Anak

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hari ni hari cuti sempena hari kebangsaan negara tercinta, panjang betul cuti kali ni sebab bersambung sehingga ke hari Isnin di sebabkan negara kita menang banyak pingat emas, PM umumkanlah cuti.

Nasib baiklah akak dah beli barang keperluan nak masak untuk hari raya aidil adha kat Pasar dekat rumah.  Semalam pun masa beli ayam kat pasar, kena tunggu agak lama sebab ayam dah siap bersih ajer, sekejapan dah habis.  Mahal betul ayam, sekilo dah dekat RM9.00..

Kalau anak anak tak balik ke rumah, memang tak masak sangat pun, tapi bila semua balik kenalah masak tapi taklah banyak sangat.

Suami pulak nak anyam ketupat, kenalah beli daun kelapa, harga sekarang ni dah RM12, nasib baik ada yang pandai anyam, kalau beli yang siap memanglah lagi mahal.

Kalau nak masak rendang ayam, memanglah akak buh rempah, ada orang tak suka, terpulanglah pada selera masing masing.


Bahan-bahan A:

Seekor ayam  (anggaran 2 kg) – potong 12
3 cawan santan pekat 
2 cawan air 
4 sudu besar kerisik
4 keping daun kunyit – dihiris halus
2 helai daun limau purut-carikkan
1 batang serai – dititik
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan B -kisar
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang serai -potong kecil
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya



Bahan-bahan C (rempah): sangai/goreng tanpa minyak
15-20 cili kering-belah tengah basuh pastu tos
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam


Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda C dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan B dan ketepikan.
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan C.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda B yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik dab garam, rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.  Masukkan hirisan daun kunyit baru di padam api.
9.  Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.

Khamis, April 26, 2012

Rendang Ayam Dan Nasi Serai

Rendang adalah salah satu makanan kegemaran orang Malaysia disebabkan rasanya yang enak dan terkenal sehingga di katakan menjadi antara 50 masakan yang paling enak di dunia.  Tak kiralah rendang ayam, daging dan itik memang sentiasa menjadi hidangan wajib di hari raya.  

Dulu waktu akak kecil, nak  menyediakan rendang mengambil masa yang lama hendak membuatnya.  Kena kopek kelapa, parut dan perah untuk mendapatkan santan.  Rempah ratus pula harus di giling menggunakan penggiling, yang paling tak tahan bila part nak giling cili kering..fuhhhh pijar tangan di buatnya.

Dulu kami masak menggunakan kayu api, dah tentulah pedih hingga keluar air mata disebabkan oleh asap yang keluar .  Bila masak pula mengambil masa yang agak lama, kena tunggu sampai rendang kering, bila nak kering kenalah di kacau-kacau sentiasa takut hangus.  

Sekarang ni mudah hendak memasaknya, dah ada santan yang siap di perah di kedai, dah ada pengisar untuk mengisar cili kering dan rempah ratus yang lain pastu cara memasak guna ajer dapur gas.  

Rendang sedap di makan bersama ketupat, ketupat palas, nasi impit dan juga lemang.  Sekarang ni senang nak makan rendang sebab ada di jual di restoran, gerai dan cafe yang bertaburan di Malaysia.

Oleh sebab akak ada keturunan orang N9 mak kadang-kadang masak gak rendang yang di panggil rendang cili api, tapi tak tahanlah perut nak memakannya sebab pedas tak menahan sehingga keluar air mata bila jamah rendang camtu.
Kali ni akak masak rendang ayam pencen.  Kalau guna ayam pencen kenalah masak sampai lembut. (akak rebus dulu guna pressure cooker) Cara nak memasak rendang sama cuma tukar nak guna daging ataupun ayam.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12-16
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam dan sedikit air asam jawa
  • nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.
Kalau masak rendang kenalah rajin masak nasi sedap kan.  Akak lawankan dengan nasi serai.

Nasi Serai
Resepi diambil dari  Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) - 50 Hidangan Penambat Selera
. 

Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi-akak guna minyak jagung campur mentega
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali  dan tumiskan bahan B bersama serai dan daun pandan dan tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan beras dan kacau sebenar dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam dan garam dan masaklah nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, kareh nasi gunakan chopstick dan biarkan nasi masak.  
  6. Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum atau selepas di hidang. 
Kalau korang rasa blog akak layak untuk 4 kategori ni...anda bolehlah vote melalui fb anda  

Terima kasih kepada yang sudi mengundi blog akak.
 

Ahad, November 23, 2008

Resepi Rendang Ayam Minang

Rasanya semua tahu masak rendangkan...masing-masing ada cara tersendiri. Resepi ni mak akak yang ajar..almaklumlah makkan dulu masa kecil duduk negeri sembilan.....tapi akak tambah buah keras dan bubuh daun salam.....saja nak tukar rasa....ada yang suka bubuh cili api sikit....kat rumah akak ni tak boleh bubuh cili api ni....perut akak dan suami dah tak tahan..... Akak lebih suka masak rendang gunakan ayam tua atau ayam kampung....sedaplah sikit rasanya..kalau ayam bandar cepat hancur....

Bahan-bahan

1. 1 ekor ayam
2. 8 biji bawang merah*
3. 5 biji bawang putih*
4. 1 inci halia*
5. 1 inci kunyit hidup*
6. 1/2 inci lengkuas*
7. 5 batang serai*(3 batang dikisar..2 batang di titik sahaja)
8. 2 biji buah keras*
9. 2 camca teh jintan manis#
10.1/2 camca teh jintan putih/halus#
11.2 camca teh ketumbar biji#
12.1 camca teh lada hitam#
13. 20 batang cili kering (jangan basuh-kalau nak pedas tambah lagi)#
14. 1 camca makan kerisik
15. 2 helai daun kunyit dan 2 helai daun salam
16. 500 gm santan
17. garam secukup rasa
18. sedikit minyak

Cara-cara
1. Ayam di bersihkan dan dipotong 16. Rebus sebentar.
2. Sangai semua bahan bertanda # (msk dlm kuali dan gunakan api kecil, jangan hangus..) kemudian kisar dengan sedikit air.
3. Kisar bahan bertanda *.
4. Tumis bahan bertanda# dahulu sehingga naik bau.
5. Masukkan pula bahan yang bertanda * yang siap di kisar.
6. Masukkan ayam yang telah di rebus. Biarkan sebentar.
7. Masukkan pula santan. Biarkan sehingga jadi pekat.
8. Masukkan pula kerisik dan garam. Rasa dulu dan bolehlah di padam api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...