OOO

Memaparkan catatan dengan label Bestnya Berbuka Puasa Di Restoran Enak KL (Nuffnang dan Samsung). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bestnya Berbuka Puasa Di Restoran Enak KL (Nuffnang dan Samsung). Papar semua catatan

Khamis, Januari 12, 2012

Enak Kuala Lumpur Starhill-Restoran 5 Bintang

Restoran Enak KL terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur menyajikan juadah masakan Melayu Asli yang di hidang dengan gaya mewah setaraf hotel 5 bintang demi untuk memertabatkan masakan melayu ke peringkat antarabangsa.

 kredit pic : Hazman.Com (pakai baju kuning)
Menurut Sherena Razaly, restoran ini mula beroperasi sejak pertengahan 2005 dimiliki oleh keluarga usahawan dan arkitek, Datuk Razaly Wahi (bapa beliau) dan semua resepi adalah hasil resipi warisan turun temurun keluarga mereka. 



Barangan tembaga juga boleh di temui di sini yang menurut Sherena adalah koleki ibu beliau Datin Fawzia Abd. Ghani yang amat gemar mengumpul barangan hiasan tembaga.

Dengan menampilan hiasan warisan ini, secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya masyarakat Melayu kepada lebih 60 peratus pelanggannya yang terdiri daripada pelancong asing.

Mensajikan hidangan Melayu dengan resipi warisan keluarga, Enak KL adalah untuk memartabatkan masakan tempatan di peringkat antarabangsa.  Restoran ini juga di hiasi dengan dekorasi eksklusif hasil gabungn tradisional dan kontemporari.
 Ayam Lemak Cili Padi
Ada juga Ayam Goreng Lengkuas, Ayam Kalio, Ayam Masak Bunga Kantan, Ayam Percik dan Gulai Kari Ayam
Yang paling sedap ikan asam pedas butterfish.  Menang enak sungguh sampai akak dan geng tambah berkali-kali. (tengah fikir mana nak cari butterfish ni kat sini ek...nak cuba buat gak aaa)

Terdapat juga hidangan Botok-Botok, Kari Ikan Bendi, Ikan Terutup dan Kukusan Gunung Ledang
  Daging Kurma, Daging Hitam dan Rendang Padang
Selain itu terdapat juga Daging Bakar Asam Jawa (grilled NZ striploin), Kambing Masak Merah.
Akak tambah berkali-kali Pucuk Paku Cendawan Sisik. 
Pemanis mulut yang di panggil Manisan Kelapa Muda Enak di buat daripada kelapa muda  dan diatasnya di hiasi dengan meringue hasil air tangan ibu beliau.
Dan akhir sekali Ketayap Mangga..boleh telan airliur bila tenguk gambar ni meleleh ai bila tenguk gambar ni..yummmm yummm
Dulu akak pernah buat N3 pasal Restoran Enak ni.  Kalau nak baca boleh ke SINI

Memang menarik sungguh kan hiasan makanan kat sini...bila tenguk makanan dihias macam ni memang rasa tak sabar nak menikmatinya...memang terbaik aaaa..
 Akak datang bersama ciklilyputih dan Hazman
 Terima kasih kepada blogger azmanisma , Restoran EnakKL Puan  Sherena (Pengurus Restoran) Encik Hamidon  Ramli dan  Jejai yang sudi menjemput kami ke ini

LG2, Feast Floor
Starhill Gallery
181, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 603-21418973/21489549

Khamis, Ogos 25, 2011

Bestnya Berbuka Puasa Di Restoran Enak KL (Nuffnang & Samsung)

Mata tak nampak nak masuk benang
Itu tandanya diri dah tua
Berbuka puasa bersama bloggers Nuffnang
Tentu seronok dapat bersua muka
Bulan puasa jalan jem di mana-mana
Mat rempit pun mula mencilok-cilok
RESTORAN ENAK KL nama tempatnya
Secantik nama tentu makanannya enak-enak
Seronoknya dapat makan-makan
Makanan pula sedap-sedap belaka
Team talibarut makan tak ingat dunia
Lepas makan semua rasa gembira
Monyet tengah sibuk berlatih
Harimau nak tumpang sekaki
Salah satu kesukaan Cik Lily Putih
Laksa Johor yang sedap sekali
Bean Mereno suka makan pulut
Eyriqazz bekerja di bank terkemuka
Beranika jenis kueh mueh dan pencuci mulut
Banyak pilihan tak tau nak pilih yang mana
Penaja berbuka puasa ialah SAMSUNG
Antara jenama yang popolur satu dunia
Susun kata sampai lintang pukang
Tahniah pada yang telah berjaya
Poojie suka hati nak balik raya
Mat Joe duk bersila atas tikar
Jualan Samsung Merdeka Raya
Sedang berlangsung sehingga 4 September
Bila dah kenyang makan-makan
Sampai mulut tak boleh telan
Bergabung tenaga jadi satu kumpulan
Main games sambil gelak ketawa
Bagi clue sambil cuba teka
Wah geng tali barut banyak yang berjaya
Dapat hadiah yang best juga
 Makan durian di Batu Kikir
Hari raya semua balik kampung
Senyum gembira terukir di bibir
Menang hadiah dari Samsung
Bloggers gembira dan senang hati
Bila dapat jemputan dan cenderahati
Semuga dapat berjumpa kembali
Lain kali jangan lupa jemput lagi
Pak Ali sakit terkena busung
Berubat sampai ke Tanjung Lumpur
Terima kasih Nuffnang dan Samsung
Jejai nak makan buah berangan
Cari merata satu taman
Zaid datang bersama teman
Manager akak jadi cameraman


Sape nak rasa masakan yang sedap dan enak bolehlah ke
LG2, Feast Floor Starhill Gallery
181 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur Malaysia
Tel : 03-21418973


p/s Terima kasih buat geng tali barut...akak cilok gambar ek

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...