OOO

Memaparkan catatan dengan label Catatan Hari Ketiga di (Part 2). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Hari Ketiga di (Part 2). Papar semua catatan

Isnin, Mac 07, 2011

N3 tertunda-(Hari ketiga) dan Catatan Hari Ke Empat di India (Part 2)

Pusing balik hari ke tiga ek...gambar baru dapat
Dah habis round-round kat Mandipad kami balik semula ke rumah Yana. Hb ajak jejalan lagi. Mula-mula singgah kat kedai seluar pastu ke kedai runcit area rumah Yana. Masih ada lagi shampoo yang peket kecik-kecik kat sini.

Kat Malaysia ada lagi ker? Akak tak pernah jumpa lagi kat Kuala Lumpur. Dulu masa kecil kalau tak mampu nak beli shampoo mahal beli ajer peket kecik ni. Baru berapa sen ajer..kat sini pun harga dalam 20-30 sen ajer.
Beli daun kari untuk goreng ayam tandoori dan kunyit basah nak buat rendang. Kunyit basah tak ada yang ada kunyit kering yang tak boleh di tumbuk. Akhirnya buat rendang tak pakai pun kunyit...kunyit kering tu akak tinggalkan ajer.
Akak ambil gambar kolej Yana dari jauh. Tapi tak masuk dalam. Rasa ralatlah pulak. Ingatkan tak boleh masuk rupanya boleh. Sape nak tenguk lagi gambar kolej Yana boleh klik kat sini..cerita yana/india.

Kat jalan ni kalau tak pakai helmet pun tak apa. Akak nasihatkan Yana dan member supaya pakai helmet takutlah apa-apa yang terjadi nanti. Kat sini kena beli motor dulu baru gi ambil lesen, pastu kena tunggu dekat sebulan baru dapat. Bayaran pun taklah mahal sangat. Pelajar perempuan pakai skuter..pelajar lelaki boleh di katakan rata-rata beli motor besar..fuhhhh loadednya mereka ek.

Ada gak yang masih bertanya Yana ambil kursus apa kat sana. Yana ambil pergigian selama 5 tahun. Baru 1 1/2 kat sana..lama lagi nak habiskan pengajian. Doakan agar beliau berjaya yer.
JMM Medical College bersebelahan dengan kolej Yana. Ramai gak pelajar dari Malaysia kat sini. Arwah junior Yana yang meninggal kerana jatuh moto belajar kat sinilah.
Masuk dalam bank ingat nak keluarkan duit. Tapi tak boleh, kena buka akaun dulu. Lecehlah kalau camtu.
Tekak akak mengada-gada nak rasa muruku kat sini. Beli dalam 1 paket kecik ajer. Macam-macam jenis muruku yang di jual kat sini. Ada bentuk besar dan ada yang kecik-kecik.
Tak berani nak beli manisan kat kedai yang sama. Yana dah pesan jangan beli...manis semanisnya...nanti takut tak makan.
Imran dan hb akak beli jus buah-buahan..Yana kata sedap...dia selalu beli
kedai yang bertentangan dengan kolej dia ..tapi akak tak layan.
Macam-macam jus ada..pilih ajerlah..harga taklah mahal ..lingkungan harga RM1.00-RM2.00 sahaja.

Kami jalan kaki ikut jalan belakang nak balik rumah Yana. Jarak dari rumah ke kolej kalau naik motor tak sampai 5 minit tapi bila tenguk Yana kena hari-hari lintas jalan tu buat kecut perut ajer dibuatnya.
Balik makan nasi lemak lebihan sarapan pagi dan ayam goreng tandori.
Akak perap ayam tandoori pagi tu, bila balik cuma goreng bersama daun kari..bangga kawan yana kata..wahhh sedappplah auntie..Bila mereka tanya ada resepi tak kat blog..akak kata ada dan suruh cari ajer kat blog akak. Kebetulan akak memang lagi 3 paket tandoori maggi.
Nasib naik sambal udang ada lagi. Petang tak gi ke mana-mana..
lepak kat umah ajer. Petang buat laksa.
Yana suruh akak bawak daun kesum dan bunga kantan. Dia teringin nak makan laksa. Malam ada lagi 2 orang rakan Yana datang ke rumah. Dah rezeki mereka, dapatlah merasa laksa hasil air tangan akak.

p/s Jangan marah ek akak letak gambar makanan ni..rugi kalau tak letak..nanti tak ada kenangan apa yang akak masak kat Davengere .

Hari Keempat (Part 2)
Puas gak pusing-pusing kat Jalan Mandipat. Hb akak tengah cari capal untuk abang ipar tapi tak ada saiz. Kemudian akak pergi semula ke kedai yang jual pressure cooker. Selepas tertunailah hasrat di hati kami pergi semula ke Jalan AVK Road nak ambil seluar dan kain sari lalu pulang ke rumah.
Pagi tu akak sempat masak kari pekat daging biri-biri. Nasi pun dah siap masak.
Beli juga kacang hijau kat sini buat bubur, guna santan dalam kotak ajer. Daun pandan akak ada bawak pastu frozenkan.
Akhirnya tertunailah hasrat di hati Imran nak main go kart petang tu.
Kalau kat sini mahal, kat sana murah ajer. Tak tau berapa pusingan dia pecut.

panduan dalam bahasa inggeris tau..classs

Yana belanja daging lembu goreng. Beli di perkarangan masjid. Sedaplah. Nanti nak cuba buat. Tapi tak berani nak makan banyak sebab nak gi Bangalore naik bas.
Dalam pukul 10 lebih kami keluar dari rumah naik auto ke tempat naik bas VRL Perjalanan selama lebih kurang 6 jam termasuk 1/2 jam berhenti. Tiket kesana cuma 100 rupee lebih kurang RM7.00.

Nantikan N3 di Bangalore pula yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...