OOO

Memaparkan catatan dengan label Hayaki Cafe Kota Bharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hayaki Cafe Kota Bharu. Papar semua catatan

Isnin, April 23, 2012

Masakan Kelantan di Hayaki Kopitiam

Malaysia adalah syurga makanan...betul tak?  Kalau terasa lapar di tengah malam pun kita masih boleh menikmati makanan di restoran, cafe, kopitiam yang di buka 24 jam terutama di bandaraya Kuala Lumpur seperti di Hayaki Kopitiam.

Terletak di Platinium Walk Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur, Hayaki Kopitiam adalah milik bumiputra yang menyediakan masakan Kelantan bagi pengemar dan juga untuk orang Kelantan yang telah menetap di Kuala Lumpur.
Antara makanan yang kami cuba ialah 
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
 
 sedap memang sedap..kena dengan selera akak
dessert  ni memang sedap..kat bawah ialah  buah-buahan yang telah di kisar bersama ais, di atas pula di taburi dengan buah yang di dadu..memang sedaplah kalau singgah boleh cuba lagi.  akakcuba setelah di cadangkan  oleh teman blogger
Coklat Ais Blended sesuai untuk penggemar coklat
 Chicken Chop..memang puas hati makan chicken chop ni sebab portion besar dan yang paling best black pepper sos dia memang sedap.  Harga RM12.50
Selain dari itu terdapat juga Nasi daging ayam dan nasi dagang ikan berharga RM7.90, mee kari, nasi kerabu dan bermacam-macam makanan yang boleh di katakan enak-enak belaka.  Harga makanan di sini tidaklah semahal mana dan yang paling penting free wifi.
Terima kasih buat Eyriqazz kerana sudi belanja akak, Imran dan Firdaus.  Semuga murah rezeki dan boleh belanja akak lagi


Khamis, Disember 30, 2010

Catatan Perjalanan ke Pantai Timur-Part 1


Keluar dari rumah awal pagi Sabtu. Terus sarapan pagi kat kedai ajer. Malas nak kotorkan dapur lagi. Dari mula lagi cuaca mendung. Ikut rancangan asal nak ikut jalan Gua Musang. Tapi bila fikirkan jalan kat situ memang licin dek hujan dan ada anak yang tahan jalan pusing-pusing/berliku-liku suami ambil keputusan ikut jalan bertol sampai ke Kuantan.

Dari Kuantan kami terus ikut jalan ke Jabor-Kuala Terengganu. Pertama kali lalu jalan ni. Hermm..teruk tul..banyak jalan yang berlubang-lubang sebab hujan. Memang ada dah member blog bagitau banyak jalan rosak kat sini. Tapi kami ni degil nak gak jalan kat situ.

Nasib baik jalan di siang hari kalau malam..boleh pecah tayar dibuatnya. Kalau jalan elok memang best sebab tak ada trafik light dan tak banyak kereta sangat.
Berhenti rehat di tempat rehat Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Kenalah berhenti sebab dah nak dekat 5 jam enjin kereta tu bekerja. Kena rehat gak kan.

Kat medan selera ni ada macam-macam yang di jual. Akak makan bihun sup campur perut lembu. Ira mee kung foo dan yang lain makan nasi goreng ayam.Rasa..so..so ajerlah. Jadilah untuk mengalas perut yang kosong.
Sampai ke Kuala Terengganu dah pukul 2.00 lebih. Singgah beli keropok lekor kat Losong. Dulu dah pernah sampai dah. Bagi tekak akak sedap keropok kat sini. Beli gak keropok kering takut nanti balik ikut jalan lain. Suami suruh beli ikan masin besar gedebak tu. Akak tak minat pulak.
Berhenti rehat sekejap sambil menikmati keropok lekor. Akak suka makan mentah, tak goreng pun tak apa. Pastu gi pulak cari keropok losong/kosong kat Muzium Negeri. Anak-anak dan suami suka pulak makan keropok kat situ.

Dari Kuala Terengganu gi pulak ke Kota Bharu dan akhirnya sampai gak kat situ dekat pukul 6.00 petang. Fuhhhh memang jauh sungguh kalau ikut jalan Kuala Terengganu. Tak per..suami kata..biar lambat asal selamat, lagipun ada 3 orang pemandu opppss 4 orang termasuk Yana. Tapi kami tak berani suruh Yana pandu kereta. Bahaya..
Sebab tunggu Yana baliklah kita terpaksa tunda rancangan nak bercuti dari mula cuti sekolah. Best dapat jejalan anak beranak.
Bila jejalan kat KB tertarik tenguk tempat makan ni. Kat belakang nak menghala ke pasar malam Kota Bharu. Kat Kuala Lumpur tak ada pula ayam goreng muzdalfa ni. Tapi tak sempat nak rasa termasuklah Restoren Ayam Goreng Radix.
ambil gambar dari google
Kami makan malam kat Hayaki Cafe Kota Bharu bersebelahan dengan Mydin dan Juita's Inn. Harga boleh tahan tapi lupa ambil gambar. Best sebab kat situ ada WIFI. Balik bilik terus pengsan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...