Baru dengar kat dalam Berita Buletin Utama pukul 8.00 malam tadi.
Negara Taiwan telah menarik penjualan Indomie dari pasaran kerana dikatakan mengandungi Methyl P-Hydroxybenzoate yang dilarang di gunakan di sana. Tidak hanya di Taiwan, dua jaringan supermarket terbesar di Hong Kong juga memberhentikan penjualan produk INDF.
Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai telah mengarahkan Jabatan Kesihatan agar mengambil sample Indo Mie dan akan mempastikan samada ianya selamat di pasaran. Tindakan akan di ambil dengan segera jika betul ianya mengandungi bahan kimia yang merbahaya.
Taiwan menarik produk mee segera Indomie dari sejumlah supermarket karena mengandung zat pengawet methyl p-hydroxybenzoate dan asam benzoat. Zat ini diketahui boleh menyebabkan muntah dan menganggu kesihatan. Bahan pengawet ini dilarang di Taiwan dan selalunya digunakan dalam produk kosmetik. Dan jika kedua zat tersebut di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan kanser.
Nak pot pet..pot pet ...
Ishhh sabar ajerlah kan...macam-macam dah tak selamat di makan sekarang ni. Rasanya yang ramai makan Indo Mie ni orang Indonesia kot.
Dulu masa tinggal kat Jakarta pun akak tak pernah beli Indo Mie ni, lagi satu orang kat sana kalau beli Indo Mie berkotak-kotak terutama bila ada sales. Dan kebanyakkannya orang yang kurang mampu.
Sepupu pembantu rumah akak pernah pengsan disebabkan makan mee segera berlebihan sehingga di masukkan ke hospital. Sepupu beliau bekerja di pejabat suami akak sebagai pembantu pejabat.
Gaji sebagai pembantu pejabat cuma berapa ajer. Agaknya tak sampai pun RM400. Mana nak bayar sewa rumah lagi, bagi ibubapa lagi dan duit makan.
Sebab nak kawin beliau kenalah simpan duit. Nasib baiklah kat sana tak payah bayar duit hantaran macam kat Malaysia. Cukup di sediakan al quran , cincin dan sedikit sumbangan. Tu sebab kat sana senang nak nikah.
Bibik akak bagitau, dia ashik tibai makan mee segera ...agaknya bila lapar makan...bila lapar makan. Akhirnya pengsan di pejabat dan di masukkan ke hospital.
Nasib baik selamat. Dan nasib baiklah dia selamat bernikah dengan gadis idaman. Kata sana mana ada kompang dan bunga telur.
Pelamin tu lawakan...tapi sebenarnya rumah pengantin perempuan memang kecian akak tenguk..bukan nak mengata. Tapi barulah akak sedar macamana kehidupan orang miskin di sana.
Walaupun kami makan tanpa meja di majlis perkawinan ni..tapi kami masih lagi makan dengan penuh selera.
Pelamin tu lawakan...tapi sebenarnya rumah pengantin perempuan memang kecian akak tenguk..bukan nak mengata. Tapi barulah akak sedar macamana kehidupan orang miskin di sana.
Walaupun kami makan tanpa meja di majlis perkawinan ni..tapi kami masih lagi makan dengan penuh selera.
