OOO

Memaparkan catatan dengan label Jeep dan Shuib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeep dan Shuib. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 04, 2013

Bila Imran Terjumpa Shuib (Sepahtu)

Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat yang ceria

Imran tak bagi letak gambar tangan dia bersimen..malu kot..
 ..tapi bila gi hospital hari Rabu lepas, bila terjumpa Shuib (Sepahtu)  dia teringin nak bergambar berdua.

Tersenyum akak bila dapat gak gambar Imran tangan bersimen ...nak buat kenangan kan.

Masa tunggu doktor nak check tangan dia..dia bagitau

Mak ..tadi nampak Shuib bawa Alpard

Oh yer ker....

Tak lama kemudian nampak Siti Sarah dengan anak  bersama adik lelaki sorong kerusi roda gi ke bilik kecemasan.

Rupanya ibu Siti Sarah ada masalah kesihatan. 

Tak lama kemudian Shuib datang dan masuk ke dalam.  Tak lama..kejap ajer..
Pastu dia duk berhampiran tempat akak..terus akak tanya ..

Syuib leh ambik gambar dengan anak tak? pot pet pot pet...


Akhirnya tertunai hasrat dihati Imran ..tersenyum lebar

Syuib sempoi ajer kan..sebelah tu beg tangan berjenama kepunyaan Siti Sarah..

Bila Siti Sarah ke sini..dia sempat interview Imran gak...lupa nak ambik gambar sebab dia sibuk ashik masuk ke dalam tenguk ibu dia.

Alhamdulliah sekarang ni Siti Sarah Raisuddin sedang mengandung 5 bulan dan anak pertama  Uwais Alqarni yang lahir pada 4 Disember 2011  dah berjalan tertatih-tatih..

Suka dengan dorang berdua ni..masih panggil sayang...i likeeeeee....


Rabu, Oktober 05, 2011

Sah Kumpulan Sepah Dah Berpecah

 Tenguk pada gambar Shuib macam sedih ajer kan 
Memang betullah gossip selama ni ...Mamat dah keluar dari Kumpulan Sepah.Tinggal Shuib dan Jep ajer...alahai sayangkan.
 Sidang akhbar itu telah diadakan di  Restoren Dapur Penyet di Maju Junction Mall hari .  Bekas kumpulan Sepah iaitu Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Jep dan Shahmira Muhamad atau nama glamer beliau Shuib bahawa Kumpulan Sepah telah berpecah.Kumpulan  baru Shuib dan Jep digelar SEPAHTWO(nasib baik tak jadi ayat sepatu).
Kumpulan yang baru yang dianggotai oleh Shuib dan Jep yang digelar SEPAHTU dan juga pengumuman pembubaran kumpulan Sepah.
 Kumpulan SEPAHTU bakal mengeluarkan Album ,setelah mereka memetrai perjanjian dengan MW Entertaiment Sdn Bhd dan Sheikh Qalam Records untuk menerbitkan Album Sulung mereka. 

Album ini bakal diedar dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia dan dijangka akan Siap pada penghujung tahun.
Antara Komposer dan penulis yang bakal memberi sentuhan pada Album ini adalah Datuk M.Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan juga Kumpulan Sepahtu sendiri. Genre untuk Album ini bakal mengetengahkan genre pelbagai rentak yang terdiri daripada Pop dan rock (mungkin ada genre lain bergantung kepada keadaan).
 Satu pembaharuan yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat Kumpulan ini.Dengan kerjasama dari Syarikat MW Entertainment yang dimiliki oleh Mawi sudah tentu ia bakal melonjakkan nama Kumpulan Sepahtu (Sepah Two) ini.Jadi kepada para peminat seni tanah air nantikan kemunculan Album dari Kumpulan Sepahtu (Sepah Two) ini nanti.
 Daydeck dan Firdaus kat situ
Patutnya akak pergi ke sidang akhbar ni tapi dek sebab Imran demam akak wakilkan kat manager akak gi ajer.  
Tq Jejai  sudi tweet serta bagi info dan Daydeck (akak cilok gambar) sudi masukkan gambar kat facebook dia.Agak-agaknya kenapa Mamat di singkir?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...