OOO

Memaparkan catatan dengan label Juara Biggest Loser Asia 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Juara Biggest Loser Asia 2009. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 18, 2012

Siapa Berminat Nak Sertai MyMaxi-Peel Journey?

 
Syarikat Splash Corporation dari Filipina telah bertapak di Malaysia hampir 2 tahun dengan melancarkan siri produk kecantikan Maxi-Peel.  Produk-produk tersebut dipasarkan secara meluas di pasaraya besar mahupun di farmasi tempatan.  
Maxi-peel sebagai produk kecantikan yang effektif dan berkesan di pasaran, Splash kini memperkenalkan satu program yang bertajuk MyMaxi-Peel Journey!  

Program ini memberi peluang kepada warganegara Malaysia yang berumur 25-45 untuk mengambil bahagian dalam program menerusi laman Facebook Maxi-peel (www.fb.com/MaxiPeel.Malaysia)

8 orang wanita akan dipilih untuk menyertai kem kecantikan, tatahias dan motivasi diri.  Kesemua wanita yang terpilih akan diberikan produk-produk kecantikan Maxi-Peel untuk di gunakan selama lebih kurang 2 bulan  dan akan di lawati oleh agensi mereka  untuk di temubual dan sebagainya.
Setelah  tamat 2 bulan rawatan, 8 orang peserta akan di jemput untuk menghadiri majlis penutupan dan makan malam bersama ahli keluarga, kawan-kawan dan media dan setiap peserta juga akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00 seorang.

Pengurus Pemasaran Splash Charmaine Sales berkata. "Program ini memberikan tumpuan kepada mereka dalam lingkungan umur 25-45 tahun kerana pada kebiasasaannya, golongan wanita bekerja mungkin tidak menumpukan perhatian terhadap kepentingan menjaga kesempurnaan kulit. 

Oleh itu, dengan menggunakan produk Maxi-Peel, proses pengelupasan mikro akan menyingkirkan sel-sel yang telah mati untuk memberikan kulit yang sempurna".

Pengurus Pemasaran Malaysia, Randy Herrera pula berkata bahawa program ini akan menunjukkan keberkesanan produk ini. 
Duta Maxi-Peel Malaysia Zenny Salihuddin turut hadir pada pelancaran MyMaxi-Peel Journey yang telah diadakan di Sunway Giza adalah  seorang artis tempatan telah mendapat tawaran daripada Splash Corporation untuk menyambung kontraknya lagi pada tahun kedua.  
 
Zenny akan memberikan tumpuan kepada peserta program ini dengan berkunjung ke rumah peserta  untuk membuat lawatan sambil membuat susulan mengenai penggunaan produk ini oleh mereka.
Randy berkata "Zenny sebagai Juara Biggest Loser Asia pada tahun 2009, merupakan Duta yang paling sesuai untuk memberikan motivasi kepada para wanita yang ingin mengubah pengalaman kehidupan mereka menerusi program ini.

Apa lagi adik-adik ..jomlah join Program MyMaxi-Peel Journey ..LIKE dulu www.fb.com/MaxiPeel.Malaysia sekarang juga untuk maklumat lanjut.

p/s happynya  dapat set produk Maxi-Peel ni..
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...