OOO

Memaparkan catatan dengan label Kira Kira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kira Kira. Papar semua catatan

Selasa, November 16, 2010

Pelajar Perubatan Malaysia Terbunuh Dalam Nahas Jalan Raya Di Selatan India

Al Fatihah buat Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi yang merupakan junior Yana yang meninggal dunia di sebabkan kemalangan motosikal.  Semuga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Simpati kepada ibubapa dan keluarga tercinta kerana mereka mengharapkan agar anak pulang dengan kejayaan tapi takdir menentukan cuma jasadnya ajer yang selamat kembali ke tanahair tercinta.   Semuga mereka bersabar di atas dugaan dari Allah swt ini.
Berhati-hatilah anak-anakku di sana.  Akak memang risau bila Yana naik skuter tu.  
 Cara pemanduan, jalan, sikap dan gaya mereka tidak sama dengan orang di Malaysia.  

Semuga pelajar-pelajar yang disana selamat pergi dan selamat kembali di sini.


Berita Penuh
 CHENNAI: Impian Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi untuk menjadi seorang doktor berkecai apabila beliau terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Selatan India, petang Khamis lalu.

Kemalangan itu berlaku apabila Akmal, pelajar tahun pertama di JJM Medical College di Davangere, di negeri Karnataka, sedang membonceng motosikal yang ditunggang seorang pelajar.
 Rakannya cuba mengelak beca bermotor lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang.

Akmal cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia pada hari yang sama di sebuah hospital tempatan. Rakannya terselamat.

Pelajar tajaan Mara berumur 19 tahun itu tiba di India untuk melanjutkan pengajian perubatan September lalu.

Konsul Jeneral Malaysia Anuar Kasman berkata, jenazah pelajar itu diterbangkan dari Bangalore ke Lapangan Terbang antarabangsa Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Majlis pengebumian akan diadakan di Kuala Kedah.
Davangere terletak kira-kira 260 km dari Bangalore.

Sumber : BERNAMA

Panggilan terakhir anak-sumber Berita Minggu  14hb. November 20.11.2010.


Sungai Petani:


"Saya tidak sangka panggilan telefon daripada Akmal dua hari sebelum kejadian adalah yang terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya" kata Pengarah Kesihatan Kedah, Marzhuki Md Isa berhubung anak lelakinya, pelajar tahun pertama Kolej Perubatan Davangere JJM Karnataka, India yang maut dalam kemalangan jalan raya di Selatan India, Khamis minggu lalu.


Beliau berkata, mangsa, Muhammad Akmal Shahiran Marzukhi (Akhmal),20 menghubungi ibunya dan seperti biasa riang bercerita mengenai kehidupan di India sejak berada di negara itu dua bulan lalu selain melahairkan rasa rindu dengan masakan Malaysia.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...