Bila anak-anak ada kat rumah..akak ajak suami belanja makan kat luar..bukan senang nak dapat berkumpul macam ni. Mula-mula nak makan masakan arab..tapi akak cadangkan makan kat sini.
Restoren Haji Sharin Low menghidangkan masakan ala Chinese Muslim Restaurant di Bukit Antarabangsa. Memang agak tersorok tapi kami dah call dan mereka bagi arahan macamana nak ke sana. Bila sampai simpang Jalan Wangsa 9 dah ada dah petunjuk nak gi ke sini. Insyallah tak sesat lah.
Mula-mula sampai macam tak ada orang. Suami kata tak sedap kot. Akak benganglah sebab akak yang cadangkan gi ke sana selepas baca feed back yang baik dari member blog tentang tempat ni.Pelayan yang sudi melayan setiap pertanyaan tentang menu. Tak lama kemudian orang makin ramai.elok jugak kami datang masa orang tak ramai sebab cepat sikit dapat makan..
Oh yer..luper pulak...kalau hari gaji..mungkin ramai yang datang..jadi sebaiknya buat tempahan dahulu..takut tak ada tempat duduk nanti.
Oh yer..luper pulak...kalau hari gaji..mungkin ramai yang datang..jadi sebaiknya buat tempahan dahulu..takut tak ada tempat duduk nanti.
Signature Roast Duck..nilah sebabnya akak cadangkan supaya makan kat sini..nak makan itik aka bebek yang memang sedap. Tak ada bau hanyir, bila di cicah dengan sos yang di sediakan memang super beb.
Kami yang suka makan itik memang puas hati dapat makan itik panggang ni.
Kami yang suka makan itik memang puas hati dapat makan itik panggang ni.
"Mungkin sebilangan kaum Melayu berkeinginan mencuba itik panggang tetapi disebabkan ia tidak halal, niat itu terpaksa dilupakan. Itik biasanya dimasak rendang oleh orang Melayu tetapi orang Cina lebih suka panggang..(review dari pelanggan)
Betul kata suami akak..dia kata tertunailah hasrat dihati nak makan itik panggang bila lalu kedai cina..sekarang ni barulah dia merasa masakan yang lazat ni. Bukan senang nak cari restoren yang menjual itik halal sekarang ni.
Betul kata suami akak..dia kata tertunailah hasrat dihati nak makan itik panggang bila lalu kedai cina..sekarang ni barulah dia merasa masakan yang lazat ni. Bukan senang nak cari restoren yang menjual itik halal sekarang ni.
Bersama tuan punyer kedai Hj Sharin Low, boss yang baguslah sebab meman ramah melayan customer, siap angkat kerusi lagi bila tempat penuh.
Imran mula-mula hairan tenguk mulut itik tu...
akak suruhlah dia buat aksi terlampau
habis licin di kerjakan nasi goreng, tafo yang sedap giler dan sotong goreng tepung di makan dek kami anak-beranak. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Lepas ni insyallah nak datang lagi..sebab banyak lagi yang belum kami rasa..harga berbaloi..tunggu poket hb penuh balik bila hari gaji dan sebelum Yana balik semula ke India...Yang best tu suami akak kata..
Ina ni barulah makan sedap..berbaloi dengan RM yang keluar. Tak mahal pun tak sampai RM200.00. Berbaloi-baloi.
Alamat Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang Selangor | Telipon No : +603-4106 6678, +6012-685 4101 , +6012-373 1999 | ||||||||||||
