OOO

Memaparkan catatan dengan label Masakan Padang Di Grand Seri Garuda Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan Padang Di Grand Seri Garuda Emas. Papar semua catatan

Rabu, April 18, 2012

Masakan Padang Di Grand Seri Garuda Emas DI Kampung Bharu

Gi Restoran Grand Seri Garuda Emas ni tahun lepas..baru jumpa gambar..tak kisahlah kan
Terletak di Kampung Bharu, parking senang sebab kawasannya luas.  Selain dari Kampung Bharu restoran ini ada lagi cawangannya iaitu di Simpang Tigo Gombak (den tak poie lagi tapi poie tompek yang jauh bonor) dan di area bersetentangan Masjid Kampung Bharu.
  
Masakan di hidang adalah masakan Padang, dah tentulah semua lauk pauk di hidangkan kat atas meja.  Oleh sebab masa ni akak belum lagi jejalan kat Padang, akak terliur tenguk masakan padang ni.
 
 Dah pesan kat anak-anak, jangan sentuh  walaupun sedikit pun kalau tak nak makan, kang pengsan emak nak membayarnya..dahlah  ayah tak ikut . Macam biasa masakan padang ada gulai ayam, gulai daging, rendang ayam dan daging, belut, ikan dan dendeng berlado, tempe, gulai telur, usus, otak dan perut lembu, sup buntut dan macam-macam lagi.  Abah akak paling suka gulai tunjang/urat yang di ambil dari kaki lembu.
Kesukaan kami anak beranak..anak..ayam pop bukan ayam k pop tau.  
Ayam pop ni di rebus dengan air kelapa dan menggunakan ayam kampung.  Setelah empuk di goreng sebentar dalam minyak panas dan di makan bersama sambal.
Dah semestinya alpukat..favourite sungguh..buah avacado kat Malaysia memang mahal..jadi rasanya baik beli ajer yang dah siap kan..terus masuk dalam perut
 Harga makanan kat sini ikut gak tekak masing-masing.  Kalau ambik yang mahal kenalah bayar mahal..kalau ambik yang murah..murahlah kan..dah makan..bayar ajer.  Bila terasa mahal jangan datang lagi, baik buat sendiri.

Restoran Grand Seri Garuda Emas
Lot 117D Jalan Raja Abdullah ,Kg Baru,KL
03-26914077
 Koordinat : E 101 degree 42' 10.2" N 3 degree 10' 3.0"

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...