Wahidan yang Ezani merupakan 2 orang
finalis MasterChef Malaysia yang pertama. Kredit pic : FB MasterChefMalaysia
Seperti mana yang di war-warkan dan sesiapa mengikuti siaran MasterChef Malaysia di Astro Ria Saluran 104, akhirnya Ezani dari Selangor ( Ezani Farhana Binti MD Monoto) telah di nobatkan sebagai Juara MasterChef Malaysia yang pertama dan beliau telah memenangi wang tunai RM100,000. Wow banyak tu..
Tahniah Ezani yang mempunyai pekerjaaan sebagai Doktor Gigi. Wah Ezani kata dia tamak sebab nak cebur kedua-dua bidang. Chaiyok aaaa
Tahniah juga buat Wahidan seorang pekebun dari Sabah yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya sampai ke peringkat akhir tapi tak berjaya menjadi Juara.
Akhirnya dapat gambar Firdaus dan geng blogger yang lain (kredit pic http://madammondoq.com)
Firdaus kata ...rugi mak tak gi..makanan sedap-sedap..
alamak terliurlah pulak bila tenguk makanan dalam pinggan dorang berdua ni
Jejai yang tersandar kekenyangan (sebenarnya nak mengurat artis lagilah tu), Madamondoq yang cun, Kid yang handsome, Firdaus anak akak yang paling handsome dan eyriqazz bapa yang penyayang
Sepatutnya akak pergi malam tadi tapi disebabkan family first akak wakilkan anak akak pergi.
Frust gak mulanya tapi gembira rasa di hati sebab Firdaus bawa balik ole-ole MasterChef Malaysia.
Terima kasih Astro kerana sudi menjemput akak.
Kredit Picture & Video : eyriqazz (Jelezz tenguk gambar dia kat sana..siap kena peluk lagi)Madamondoq
p/s apasal tak ada gambar Firdaus dengan dorang ek.




