OOO

Memaparkan catatan dengan label Mutiara Damansara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Damansara. Papar semua catatan

Isnin, Mei 14, 2012

Gambar Pemenang Dutch Lady Get Smart Get Famous

 
Hari Sabtu lepas akak telah menghadiri Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale bersama-sama dengan beberapa orang rakan blogger.  
Majlis untuk Pengumuman 3 Pemenang Contest "Get Smart Get Famous"  di Pizza@The Curve, Mutiara Damansara dimana kempen ini telah berlangsung secara berperingkat-peringkat (3 Fasa) dari Disember 2011 sehingga Ogos 2012.
 
 Emcee Aishah Jennifer Mohamed Sinclair @ Aishah Sinclair yang cantik jelita
Opening Speech oleh Wong Vai Chi, Senior Brand Manager, Dutch Lady Malaysia
Kesemua 10 finalist telah di temuramah oleh emcee tentang pengalaman mereka sepanjang pertandingan ini sementara anak-anak yang comel leka bermain permainan yang di sediakan.  

Nasib baik ada permainan ni..kalau idak mesti dorang kebosanan duk lelama atas pentas.   Faham ajerlah kan anak-anak kecil tak kan boleh duduk diam ajer..paling tahan pun 10 minit ajer.
 
Kelakar tenguk telatah anak-anak ini..ada yang kacau ibu yang sedang interview..ada yang jalan-jalan kesana dan kemari...ada yang sibuk bermain dengan rakan.  Ada gak yang duduk sopan santun di atas pentas bersama ibu mereka.
Gimik pengumuman pemenang bertuah..jeng jeng jeng
Pemenang-pemenang Kontest "Dutch Lady Get Smart Get Famous" dari kiri, 
Adik Mirza Adam , Adik Muhammad Harith Hazeeq dan Adik Tan Ai Chen.
 
Akhirnya 3  anak-anak comel yang bertuah ini telah menjadi Pemenang Hadiah Utama ini bakal membawa pulang hadiah pilihan masing-masing iaitu antaranya Smart Home Makeover  atau Biasiswa atau Ford Fiesta 1.6L Sport Ti-VCT Automatic yang bernilai RM80,000.00.

Tahniah mereka semua.  Memang kecik-kecik dah bernasib baik. 
Bersama top 10 finalist yang rajin baca blog akak http://ibuayahdamia.blogspot.comterima kasih sudi tegur
Bersama emcee yang kiut miut dan comel..alahai 
apasal mata akak pandang tempat lain
BLOGGER YANG HADIR   QUE ACHMAD, AKUBIOMED, YASTRO,  
BENASHAARI, CIKNURUL, BRO FRAMESTONE  dan JEJAI yang bervangan nak buka   Kelab Peminat FATIN LIYANA dan  telah di paksa membuat gaya comel  FL 

More information www.dutchlady.com.my

Isnin, November 22, 2010

Bersama Bunkface Dan Bloggers

First time jumpa kumpulan Bunkface secara realiti. Ambil gambar dengan Sam penyanyi utama kumpulan ini. Baru perasan baju sama warnalah. Kalau nak diikutkan Sam ni baya-baya anak akak. Bolehlah akak jadi mak angkat dia. Ahakss..ataupun mil dia.

Selama ni tenguk kat tv. Memang bestlah mereka menyanyi kat atas pentas. No semput. No miming. Memang real. Memang layan habis.
Salute lah dengan Bunkface sebab menang kat Shout!award. Lagu pun sedap dan sempoi.
Firdaus pun happy gak dapat dengar mereka nyanyi kat atas pentas.Pastu dapat ambil gambar bersama Sam.
Masa baru sampai, tenguk dah ada , ciklilyputih
dan redlinda
Firdaus, Mr Big (hb Cik Lilyputih), Bean Moreno, Chearmster dan Anak Perak
Dah lama tak jumpa Bean Moreno. Kesian pulak tenguk badan dia yang kurus camni. Semuga kamu cepat sembuh yer.
Akak pergi bersama Firdaus. Malas ajak 2 budak kecik tu. Bunkface walaupun fofolur tak sombong. Mereka layan peminat sama rata.
Bersama Hani Madu, Ben (kredit gambar http://darkbatman.com/)
dan member bloggers yang hadir petang semalam di situ.Macam-macam gaya.
Antara yang hadir eyriqazz (tengah duk buat apa ek) di TM Everyone Connects Birthday Bash 2010.

Walaupun penat tapi gembira sebab bukan senang nak jumpa dengan ramai member bloggers. Kalau nak di himpunkan camtu ajer, masing-masing banyak ajer alasan yang di beri.

Al maklumlah sibuk, tak macam akak ni cuma seorang suri rumah tangga.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...