Kalau filem Walt Disney Productions memang best. Dari kecil dulu akak memang suka tenguk Cinderella, Alice in Wonderland dan Peter Pan. Banyak lagi ..kalau nak tau google yer. Mak dan abah memang terror bahasa inggeris ..kalau kami tak faham mak/abah akan tolong translate.
Masa anak-anak akak kecil pun akak selalu suruh mereka tenguk juga sebab selalunya jarang ada bahasa dan kelakuan yang kasar dan gambar pun cantik.
Sejak Walt Disney Productions keluarkan pulak filem 3D..lagi cantik giler. Semalam akak datang tiket dari churp-churp. Bawaklah budak kecik tu sekali. Seronok mereka dapat tenguk cerita ni terutama si Ira.
Rapunzel ni sebenarnya seorang puteri raja yang semasa
kecil telah di culik dari istana.
kecil telah di culik dari istana.
Ahli sihir aka nenek aka ibu angkat yang di panggil Mother Gothel menculik Rapunzel dan disembunyikan di sebuah menara yang tinggi di dalam hutan.
Di dalam menara Rapunzel membesar dan rambut dia memang panjang giler dan berwarna kuning keemasan. Teman dia cuma se ekor sesumpah bernama Pascal.
Hero yang handsome (walaupun cuma cartoon) yang bernama Flynn. Kenapa ada poster muka dia wanted ek? Ada pulak 2 lagi rakan dia yang sama-sama .Kenalah tenguk sendiri.
Kuda putih bernama Maximus mula-mula ashik hendak menyerang Flynn..kenapa yer? Kenalah tenguk sendiri.
Masa Lantern berterbangan di angkasa ..rasa macam nak tangkap ajer
sebab cantik giler dan macam lantern itu memang real.
Memang sesuai kalau nak bawak anak-anak terutama anak perempuan tenguk movie Rapunzel : A Tangled Tale ni. Akak yang dah kira berusia ni pun boleh jatuh hati dengan pemandangan dan watak dalam filem ni..anak-anak lagilah. Lepas ni ramailah berangan-angan nak berambut panjang macam Rapunzel.
Gambar candid dengan darkbatman (oo kat wall fb dia komen kata muka akak sedih dan mata berair pasal hal semalam..ooo perihatin sungguhlah dia.boleh perasan pulak tu) si N lah yang ambil ni. Pot pet pot pet tak ingat.
manjaixora dan akak
Jumpa gak blogger cina miss xerox dan kenny. Ada gak yang kata jumpa akak tapi segan nak tegur. Alahai..tegur ajerlah..tak der hal punya.
Masa kat tempat parking ..ada 2 orang lelaki tersenyum kat akak. Bila dekat..ooo si furdunesia aka tukang tulis dan member serumah Padelblog. Boleh pulak parking kereta dekat-dekat. Apa lagi pot pet pot pet jugak kat situ. Tapi terlupa nak ambil gambar.
Terima kasih juga buat http://princessredbloodsnow.blogspot.com/2010/11/if-uols-panggil-dia-dgn-panggilan-kakak.html yang sudi buat N3. Terharu sebab ramai yang menyokong akak.
Sayang semua.





