Setiap orang mempunyai kenangan indah masing-masing..tak kiralah ianya kenangan pahit dan manis dan semua itu akan menjadi memori yang terindah selagi hayat masih ada.
Bagi akak yang hampir setengah abad ini, memang banyak kenangan yang telah di tempuhi.
Ada yang pahit, masam, manis dan semua itu memang menjadi ingatan terutama kenangan manis semasa kecil yang tidak dapat di abadikan dalam kenangan kerana keluarga tidak mampu membeli kamera pada masa itu disebabkan masalah kewangan.
Alhamdulliah setelah bekerja, berkawin dan mempunyai anak akhirnya mampu juga akak membeli kamera kerana akak suka merakamkan kenangan bila pergi ke mana-mana.
Dulu beli kamera yang menggunakan filem..kalau salah masuk habis rosak filem tu. Pastu bila cuci memang rasa sakit hati sebab ada gambar yang tak jadi.
Tak macam sekarang ni. Dah ada kamera digital, ambil gambar banyak mana pun ..kalau tak suka boleh delete.
Bila dah jadi seorang blogger, kamera memang sentiasa di bawa kemana-mana kerana setiap kali menghadiri event, ambil gambar adalah kemestian.
Semua gambar yang di abadikan di blog akak menggunakan kamera OLYMPUS T-110 yang di beli pada tahun lepas.
Walaupun harganya tidak mahal sebab kewangan tidak cukup nak beli kamera mahal tapi akak puas hati dengan kamera OLYMPUS ini.
“My Happiest Moment” bila suami membawa akak berjalan-jalan di UK pada bulan Mei yang lalu sempena ulang tahun perkawinan kami yang ke 25 tahun.
My happiest moment bila dapat berjumpa dengan anak yang sedang belajar di sana. Hilang rasa rindu di hati bila lama tak bertentang mata.
Tersenyum bahagia
Terasa macam gi honey moon ajer sebab kami pergi berdua sahaja.
Gambar ini akan menjadi kenangan terindah sepanjang hidup akak.
Semua gambar menggunakan kamera OLYMPUS T-110 tanpa di edit. Puas hati dengan kamera ini.
Memang semua gambar yang diambil akan menjadi “My Happiest Moment”.
Semuga akak berjaya dalam OLYMPUS Happy Photography Contest!
Kalaulah berjaya dapat kamera mahal ni..mesti tertunailah hasrat di hati.
Bolehlah ambil gambar banyak-banyakkkkk untuk di simpan menjadi kenangan.


