OOO

Memaparkan catatan dengan label Patutkah Drama Lagenda Sakti Delima DiHentikan Sementara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Patutkah Drama Lagenda Sakti Delima DiHentikan Sementara. Papar semua catatan

Rabu, Januari 12, 2011

Patutkah Drama Lagenda Sakti Delima DiHentikan Sementara?

 Sedihnya bila drama bersiri Sakti Delima  dalam Slot Lagenda ni dibekukan buat sementara waktu setelah di tayangkan pada minggu lalu (3 Januari 2011).  Ni semua sebab arahan dari Lembaga Penapisan Filem(LPF).

Akak memang peminat slot Lagenda dan akak tak puas hati kenapalah diaorang sibuk sangat takutkan rakyat malaysia ni boleh terpedaya dengan jalan cerita ini.

Katanya pihak LPF nak memastikan jalan cerita dan eleman yang di paparkan tidak mengandungi sebarang unsur syirik dan tahyul yang boleh memesongkan akidah Islam. Alahai sabar ajerlah..selama ini banyak dah drama lagenda yang telah ditayangkan dan rasanya tak ada pun yang terpengaruh macam cerita anak betong dan puteri mayang mengurai tu.

Sedangkan cerita dari seberang yang lagi teruk yang disiarkan pada hari Ahad  tu boleh pulak ditayangkan setiap minggu.  Lagi teruk rasanya dari cerita yang pernah ditayangkan dalam slot lagenda.  Macam ada double standardlah pulak.

Come onlah sekarang ni rakyat Malaysia kebanyakkannya educated dan insyallah takkan terpedaya dengan cerita macamni.  Dulu pun kebanyakkan cerita dongeng melayu banyak yang penuh dengan eleman tahyul macam cerita Si Tanggang, Sumpah Orang Minyak, Anak Pontianak, Bawang Putih Bawang Merah dan banyak lagi.

Mungkin  dulu ada juga yang terpengaruh ataupun orang ramai boleh terpedaya dan mengikut apa yang dilakukan dalam filem tu .  Tapi itu dulu..sekarang ni zaman dah berubah dah.  Rasanya kalau tenguk pun kita anggap sebagai hiburan semata-mata demi meluangkan masa lapang.

Drama Sakti Delima ni bergenre epik, sebanyak  20 episod dan diadaptasi dari filem Panca Delima yang dilakonkan oleh Dato  seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dan seniwati Saadiah.  Kalau tenguk filem ni memang penuh dengan adegan yang tahyul tapi tak pun kita terpedaya.

Tolonglah jangan menganiayai producer cerita ini Sheila Rusly dan Jinggo yang telah mengeluarkan wang untuk menghasilkan drama ini. 
 suka tenguk gambar ni sebab pelakon wanita memakai tudung (kredit gambar nurizspace.com)
Dalam drama tu, Bienda sebagai Siti Melur, Catriona Ross (Permaisuri Nirwana), Safura Ya’cob (Siti Tanjung), Liza Hanim (Dewi Bitara) dan Aida Khalida (Kemalasari). Manakala pelakon lelaki terdiri daripada Iqram Dinzly yang melakonkan watak Putera Nurfirdaus, Ungku Ismail (Andika) dan Syean (Faris).

Sinopsis Sakti Delima versi Sheila Rusly
Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Iqram Dinzly  jadi Putera Bunian bernama Nurfirdaus yang ada kuasa sakti. Dia disumpah dan dibuang ke bumi, lalu dia bertemu dengan seorang gadis jelita, iaitu Siti Melur , manusia biasa lalu jatuh cinta..

Drama Sakti Delima diterbitkan oleh Js Pictures Sdn Bhd dan menampilkan barisan pelakon wanita popular tanah air yang kebanyakannya bertudung seperti Bienda, Sheila Rusly, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross dan Liza Hanim. Mereka dibantu oleh Iqram Dizzly, Ungku Ismail dan Yazal Jalal.

p/s Macam mana pendapat anda pula?Bolehkah anda terpedaya bila tenguk drama camni? Rasanya tak kot? Pasal anda semua berpelajarankan.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...