OOO

Memaparkan catatan dengan label Pelancaran myChef Simply Delicious-the NEW gourmet experience. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancaran myChef Simply Delicious-the NEW gourmet experience. Papar semua catatan

Jumaat, November 18, 2011

Pelancaran myChef Simply Delicious-the NEW gourmet experience

Berita baik untuk ibu-ibu samada yang bekerja ataupun suri rumah! 
Ada produk baru yang akan memudahkan anda ..tak payah lagi bersilat di dapur untuk menyediakan makanan untuk keluarga anda.  

Yang penting..ianya HALAL

Nantikan myChef  SIMPLY DELICIOUS  Ready-to-serve Meals di pasaran.

Pelancaran ini telah  di hoskan oleh YB Senator Dato' Sri Effendi Norwawi, Chairman of Flavor Innovation di lancarkan di Tapis Rouge, Kota Damansara pada  Rabu 14hb. November 2011 yang lalu.
Di undang sebagai media akak merasa bangga duduk sebaris dengan wartawan ..bangga memang bangga.
Sebelum pelancaran bermula kami di hidangkan tidbits yang sedap.  Akak datang dengan geng tali barut Cik Lily dan Jejai
Dengan slogan "the NEW gourment experience" , myChef disediakan  dengan bahan-bahan semulajadi  dan segar serta  di masak dengan gaya kontemporari , ianya menyediakan makanan yang sehat dan berkhasiat serta bertaraf masakan antarabangsa
myChef  menyediakan 14 masakan yang berbeza   yang  mempunyai Signature Series. Di ilhamkan dari masakan  Melayu tradisional, Nyonya, resipi Barat (Western) dan Asia oleh selebriti chef Malaysia  tersohor  iaitu Chef Liza, Chef Florence Tan, Dato 'Chef Ismail dan Chef Zam.
 Ucapan dari Encik Mohd Fairuz Abdullah, CEO, Flavor Innovation Sdn Bhd

Beliau berkata. "myChef adalah jenama baru dan inovatif yang merancang untuk menembusi  pasaran runcit Malaysia dengan memperkenalkan kategori makanan yang baru, berdasarkan gaya hidup pengguna.
Sekarang semua orang akan mempunyai peluang untuk menikmati resepi oleh chef selebriti Malaysia tersohor dalam rumah sendiri ",kata  Mohd Fairuz lagi.
Salah satu  ciri menarik tentang produk myChef ianya mempunyai "traffic lights colour coded" (FP) di bungkusan bagi membantu pengguna memilih diet yang lebih sehat.
Warna Hijau menandakan low content yang merupakan pilihan yang sehat , Amber pula  melambangkan medium content  dan merah pulak mewakili  high content  sebagaimana yang telah di tetapkan oleh UK's Food Standard.
Rangkaian resipi dan makanan yang  telah melalui piawaian kawalan kualiti  untuk menjamin kesegaran rasa makanan serta aromanya tetap dikekalkan.
Chef Dato' Haji Ismail  sedang tandatangan salah satu Signature Series beliau Ayam Kalio (masakan Minang) dan yang lain ialah Semur Daging Betawi dan Gulai Udang Serai.
Chef Zam sedang tandatangan salah satu Signature  series beliau iaitu Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf.  Antara masakan beliau yang lain ialah Cape  Malay Curry with Butter Rice Pilaf dan Chicken Spaghettini with Asian Pesto.
Signature Series Chef Liza pula ialah Chicken Makhani, Beef Keema Masala dan Mughlai Chicken Biryani.
 Chef Florence telah memilih Ayam Pongteh, Ikan Gerang Assam dan Kari Ayam Nyonya.  
 
Hanya memilih bahan-bahan segar dari pasaran  kesemua hidangan dimasak dalam persekitaran yang bersih, memenuhi piawaian bertaraf dunia untuk pengendalian makanan dan keselamatan. 
myChef  Signature Series menawarkan penyelesaian gaya hidup yang baru dan cara baru memasak kerana mereka begitu mudah untuk disediakan. Ianya sesuai untuk trend dan gaya hidup hari ini bagi kebanyakan orang untuk mengekalkan diet yang sihat dan seimbang.
"Ini adalah pilihan yang terbaik terutama untuk  ibu bapa bekerja merangkap suri rumah kerana mereka akan dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga daripada menyediakan  masakan dan membersihkan dapur dan perkakas memasak", kata beliau lagi
Ready-to-serve meals adalah penyelesaian gaya hidup yang sempurna. Tidak ada lagi  kepenatan memasak di dapur atau membersihkannya, seseorang itu boleh mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan tidak perlu  bimbang tentang pengambilan pemakanan mereka.
 Dato dan Datin  merasmikan  facebook MYChef-Ready Meals/Dishes

myChef's range of new gourmet meals  akan berada di pasaran  di Jaya Grocer in the week of 21st November dan  4th December di  Tesco dan  Giant outlets within the Klang Valley dengan harga yang berpatutan di bawah harga RM10.00 sahaja.

MyChef juga merupakan salah satu penaja MasterChef Malaysia yang pertama.
 Kami semua di beri peluang merasainya..Firdaus makan Butter Rice Pilaf yang sedap dan Chicken Makhani.  
 Chef Liza pun nak cuba masakan ini
Makan minum sambil bergossip..Cik Lily dan Zaid..oh yer akak cuba Semur Daging Betawi dan Butter Rice Pilaf juga.  Ambik gak sikit Chicken Spaghettini with Asian Pesto..lupa pulak nak snap gambar.
Kejutan buat Encik Fairuz yang menyambut hari jadi yang erhmmm berapa tahun ek...biarlah rahsia kan  ..terkejut besar beliauu..sambil YB Dato' Sri Effendi bertepuk tangan dan memberi ucapan selamat hari jadi
 Terima kasih banyak buat Encik Fairuz yang sudi menjemput akak
 Bloggers yang hadir Jai, Broframestone, Zaid  dan ciklilyputih

Kredit picture : Facebook MYChef  JOM Reramai LIKE tau

p/s Nantikan akak  review pasal myChef Simply Delicious ni yer

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...