OOO

Memaparkan catatan dengan label Pentas Seni Kl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pentas Seni Kl. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 08, 2011

Acoustic Night KL Pac -Atilia & Adibah Noor

Show bermula pukul 9.00 malam. Sebelum tu jejalan kat KLPac ni. Kat sini masih terdapat lagi bangunan lama yang dikekalkan tetapi telah di ubah suai.
Cantik sungguh pemandangan kat sini. Oleh sebab sampai dah malam dah tu hujan renyai taklah ambil gambar kat luar.
Sebelum Atilia dan Adibah ada persembahan
dari penyanyi lain pada malam sebelumnya.
Salah satu bangunan bersejarah yang masih dikekalkan di sini. Dulu tak silap gudang keretapi sekarang ni dah jadi Pentas Seni KL (the Kuala Lumpur Performing Arts Centre, KLPac) di Sentul West.

Memang akak setuju jika bangunan bersejarah dijadikan tempat-tempat menarik. ambil gambar dari http://switakon.blogspot.com
Penat gak nak naik turun tangga sebab tandas terletak di bawah
Sepatutnya no recording...no photo..tapi biasalah blogger. Persembahan ini dirakam dan akan di siarkan di Astro.
Kameraman pun sibuklah buat kerja. Tunggu ajerlah bila siarannya.
Memang syok bila tenguk live ni. Sound system pun best. Salah satu lagu yang dinyanyikan oleh Atilia ialah Kekanda Adinda bersama monoloQue.
Yasmin Hani menjadi emcee dimalam itu
Sebelum persembahan Adibah Noor ada break 10 minit..kalau tak ambil gambar katdalam ni tak best rasanya
Selepas selesai persembahan Atilia rehat 10 minit lepas tu giliran Adibah Noor pula. Antara Lagu yang dinyanyi ialah Bila Rindu (Black Dog Bone) dan Hujan dalam cerita Mukhsin. Suka dengan cara Adibah berinteraksi dengan penonton. Kelakar pulak tu...ashik gelak ajer bila dia buat lawak.
Mereka berdua menyanyi lagu Terlalu Istimewa di akhir persembahan.Bila tenguk secara live dan acoustic ni kita boleh tau sama ada penyanyi tu boleh menyanyi dengan baik sebab no minus one dan miming.

Memang terbaiklah mereka berdua ni dan diiringi pulak pemain muzik yang terbaik.
Atilia sedang ditemuramah
Firdaus sempat bergambar dengan ALTIMET yang sedang fofolur dengan lagu kalau berpacaran (Suhaimi Mior Hassan Feat Ana RaffaliFeat Altimet), lagu maafkan kami dan bersama Ning Baizura iaitu Mimpi
Masa ni Adibah tengah sibuk sign CD beliau..akak buat menyibuk ajer
Buat kenangan
Sebelum balik..
Gambar: CikLilyPutih dan Daydeck

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...