OOO

Memaparkan catatan dengan label Putu Bambu World Gombak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Putu Bambu World Gombak. Papar semua catatan

Khamis, Julai 19, 2012

MD Putu Bambu World-Dapnyaaaaaa

Teringat Mawi bila ternampak ayat World ni.  Dah beberapa kali akak beli putu bambu warna hijau ni.
Oleh sebab Yana tak pernah cuba lagi dan kebetulan lalu kat Pasar Gombak Setia pastu kemalasan nak buat minuman petang hari Ahad lepas, akak beli ajer putu bambu kat situ.
Oleh sebab ianya di masak di situ juga....  bila makan memang terasa nikmat. Akak suka bau daun pandan yang menaikkan selera, kelapa parut  fresh dan putu bambunya memang lembut  bila di kunyah.  Rasanya yang berlainan dari putu bambu yang pernah akak rasa.
Beli 2 bungkus..sekejapan nak habis sebab makan tak boleh berhenti.  Nanti boleh beli lagi..semuga kualitinya di kekalkan sampai bila-bila.  Jangan nanti dah maju rasa pun bertukar rupa.

Banyak gak tempat mereka jual...harga RM2.50 ajer se pack..jom terjah FB MD Putu Bambu sambil tenguk camner mereka buat
 

1. NSK selayang
2. Sg Buloh
3. klang
4. kajang
5. HKl (medan selera)
6. Rawang
7. Pandan
8. MRR2
9. Gombak Setia
10. Wangsa Melawati

Bila tanya...yang putih punya tarak kah?
Tarak..kat pasar malam adalah..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...