OOO

Memaparkan catatan dengan label Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api. Papar semua catatan

Isnin, Februari 03, 2014

Resepi Ikan Bilis Goreng Cili Api Dengan Tempe

Assalammualaikum semua

Hari ni ada yang masih bercuti sebab hari wilayah kan..seronoknya sebab selalu ada macam-macam acara di adakan.
Kalau masak ni kan...memang anak anak suka..pastu bising..pedas.. pedas.. pedas. Alahai cili api memanglah podeh, teringat dulu kalau menjawab memang kena tonyoh cili api kat mulut.  Memang bengkak dibuatnya ..cam baru cucuk botok.


Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 keping tempe daun-dipotong kecil-kecil
  • 15-20 biji cili padi-nak pedas tambah lagi
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • garam dan minyak secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama bawang kecil,cili api dan bawang putih.
2. Goreng tempe dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. 
4. Perlahankan api dan biarkan cili masak dan kacau selalu sehingga kering sedikit.
5. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
6. Kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti dan masukkan garam.
8. Rasa dulu dan barulah dipadamkan api dan curahkan jus asam limau kasturi.
9. Sedap di makan bersama nasi panas dan sup sayur.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...