OOO

Memaparkan catatan dengan label Resepi Ubi Getuk Goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Ubi Getuk Goreng. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 10, 2010

Ubi Getuk Goreng

Balik ke kampung selalunya ada ajer yang nak di bawa balik. Selalunya ubi kayu dan kelapa pandan. Pening pulak bila dah banyak sangat ubi kayu di angkut balik. Rebus sudah, goreng sudah. Kenalah buat ni pulak . Ubi Getuk...dulu masa muda tak reti nak makan.

Bila dah bernikah dengan orang keturunan Jawa ni barulah kenal dengan ubi getuk, sambal kicap dan sambal goreng.

Susah nak bagi sukatan. Cuma rebus ubi sampai empuk bersama sedikit garam.
Bila dah empuk terus toskan dan lenyek panas-panas atau tumbuk/ketuk dengan batu lesung.
Tak pun pakai ajer peleyek besi tu.
Masukkan gula dan kelapa parut putih. Dah boleh makan dah ni. Tapi akak goreng dengan bancuhan tepung beras, sedikit garam, sedikit serbuk kunyit dan sedikit air kapur bersama air secukupnya.

Gorenglah cam goreng pisang dalam minyak yang sederhana panas. Pastu masak teruslah makan. Cicah dengan sambal kicap pun sodap.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...