OOO

Memaparkan catatan dengan label Restoran Bisik Bisik Shah Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran Bisik Bisik Shah Alam. Papar semua catatan

Selasa, Disember 03, 2013

Eyriqazz Belanja Kat Restoran Bisik Bisik, Seksyen 7 Shah Alam

Assalammualaikum semua

Menjadi seorang blogger memang happening, selain dari mendapat kawan dari alam maya dan dah bertentang mata, ada juga yang sudi belanja akak yang cuma blogger picisan.

Kami dah lama dah bersahabat sejak dari tahun 2009 lagi dan selalu berjumpa kat event yang di anjurkan oleh Nuffnang.  Banyak cerita suka duka menjadi blogger yang kami hadapi selama ini.

Persahabatan kami masih berterusan sehingga kini..akak berdoa agar kami sentiasa bersahabat selama-lamanya.
Restoran ni ada menyediakan  Nasi Ambang 
yang Eyriqazz kata sedap..masuk dalam JJCM tau
Nasi goreng paprik
Nasi goreng gak ni tapi ada hotdog
Rupa Nasi Ambang..akak dah biasa makan sebab arwah mil memang selalu buat kalau masa kenduri di Johor..bila tenguk bungkus camni..akak kurang selera nak rasa.

Tapi bila orang Pantai Timur kata sodap..memang sodaplah kan.
.
Satay kambing dan ayam

Terima kasih akak ucapkan kepada rakan blogger Eyriqazz yang mula-mula dulu kata muka akak garang. Semuga bertambah murah rezeki kamu anak beranak yer.
Restoran Bisik Bisik
Jalan Zirkon B 7/B,
 Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor 

Terletak di belakang Unisel Shah Alam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...