OOO

Memaparkan catatan dengan label Sambal Totok Jawa Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambal Totok Jawa Johor. Papar semua catatan

Ahad, November 27, 2011

Sambal Totok Jawa Johor

Totok tu maksudnya asli kan...kalau silap harap betulkan yer

Masa balik kampung hari raya haji yang lalu, dek sebab jemu makan sup daging, lauk ayam anak buah suami akak buat sambal ni.  Ayah dia memang asal orang Jawa (tak silap Parit Balang Kecil) kat Muar.  First round licin akak tak sempat rasa.


Second round dia buat malam tu..fuhhh berebut makan dengan nasi panas..sedaplah..tapi dek sebab perut akak tak tahan pedas sekarang ni..kenalah berulang alik kat tandas.


Masa balik rumah dek kerana teringat-ingat kesedapan sambal ni akak buat lagi..fuhhh layan habis dengan nasi panas dan ikan masin goreng. Wah kalau makan camnilah selalu boleh simpan banyak duit kan..jimat memang jimat.

Akak buat tak sukat sangat tapi nak senang tepek resepi akak ambil dari SINI

Bahan-bahan
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Minyak utk menggoreng
Garam & gula secukup rasa 

sedikit jus limau kasturi-jika suka
1 inci belacan - akak tak letak


Cara-caranya
  1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. 
  2. Angkat dan goreng seketika bawang merah,belacan dan bawang putih, angkat. Kemudian goreng cili padi tadi. 
  3. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup. Tumbuk kesemuanya.
  4. Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...