OOO

Memaparkan catatan dengan label Wet World Pedas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wet World Pedas. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 11, 2010

Basah di Wets World Pedas

Bila lalu ajer kat Pedas N9 sebab beli makanan salai, selalunya Imran bising nak masuk ke Wet World Pedas ni.

Akak kata tunggu cuti sekolah..tak best dia main air sorang-sorang. Kebetulan hari Sabtu nak balik ke Segamat jadi kenalah tunaikan janji kepada anak-anak. Tak baik tak tunaikan. Nanti anak kata '
"Mak tipu" pulak.
Hujan lebat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur hinggalah ke Pedas. Nak kensel tak sedap pulak. Redah ajerlah. Kalau gi Wet World mestilah wet kan.
Janganlah di bayangkan tempat ni sebesar Sunway Lagoon yer.
Sebab masuk kat sini untuk weekdays RM10.00 dan weekends RM12.00.
Janji anak-anak puas mandi manda dalam hujan renyai-renyai..kalau ada petir berdentum tentu dah kami cabut balik dah.
Dalam pukul 2.00 petang Imran dah ajak pulang.
Happening kat sini ajer.
Lain kali tak yah masuk lagilah mak..
tak tau kenapa Imran kata camtu. Bosan kot. Sebab tak besar sangat pun tempat mandi manda ni.
Oleh sebab kesejukkan akak dan suami merendamkan kaki kat Hot Spring/Air Panas. Tu pun tak lama sebab tak tahan panas.
Tempat senaman kaki. Air kat sini taklah panas sangat. Suam ajer. Budak-budak boleh mandi. Masa kat sini akak tak puas hati dengan kebersihan tandas.

Hairan bila ada pengumuman ..

Diminta ibubapa pastikan anak-anak tidak membuang air besar merata-rata di sekeliling taman air ini. Jika di dapati anak-anak anda melakukannya, pihak kami akan mendenda ibubapa kanak-kanak tersebut.

Oh ..masih ada lagi ker budaya macam ni. Macam tak ada kesedaran sivik ajer jika betul ada ibubapa membenarkan anak mereka membuang air besar merata-rata. Nasib baik akak tak terjumpa benda tu. Kalau idak tentu akak dah kecuh dah dan masukkan cerita tu dalam blog akak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...