OOO

Memaparkan catatan dengan label air milkshake coklat sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air milkshake coklat sedap. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 25, 2012

Coklat Milkshake

Assalammualaikum

Baru balik dari pasar borong Selayang..fuhyooo jalan jem..orang ramai macam nak sambut hari raya puasa.  Mak akak yang nak beli bahan masakan kat situ..akak bawa ajerlah sambil beli gak ikan, sotong dan udang termasuk ayam.

Coklat milkshake ni kan....kalau ada whipping cream lagi enak dipancit kat atas tu...pastu tabur dengan coklat urai....masa akak buat x ada stoklah dalam peti sejuk..belasah ajer apa yang ada. Ini ikut akak punya resepi..kalau nak buat boleh lebihkan ais krim coklat tu klu nak pekat..lagi satu gunakan ais krim nestle yer 

Nak membuatnya semudah ABC.  Kena minum cepat-cepat lepas buat...klu idak nanti cair tau.

Bahan-bahan
2 cawan air batu
 
1 1/2 cawan susu coklat Dutch Lady
1 1/2  cawan ais krim coklat
Cara-caranya
Masukkan semua ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Tuangkan ke dalam gelas/bekas sesuai dan hiaskan dengan coklat urai (krim putar/whipping) secukupnya.  Selamat mencuba!

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...