OOO

Memaparkan catatan dengan label alamat Me'nate Steak Hub Bangi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alamat Me'nate Steak Hub Bangi. Papar semua catatan

Rabu, Mac 09, 2016

Review : Sedapnya Steak di Me'nate Steak Hub Bangi

Assalammualaikum semua

Dah lama akak tak review makan makan ni, bukan tak makan luar, ada gaklah sekali sekali.  

Akak sentap bila akak buh gambar Maggi Kambing kat facebook ada blogger hebat gi buat N3 kata kalau kita tak puas hati kenalah bagitau diam diam kat owner. Tak payahlah nak heboh kat fb.

Ada ker blogger yang buat camtu? Kena bagitau terang-terang, padahal bukan kita kenal sape owner tempat makan tu.

Tapi  bila blogger bawah kelab blogger hebat tu buat review  pasal restoren artis fofolur tak apa pulak. 

Akak tak buat N3 pun cuma pertikaikan kenapa harga Maggi kambing tak berbaloi dengan apa yang di hidangkan kat facebook sahaja tanpa bagitu nama tempat yang akak makan tu.

Kalau akak buat N3 dah tentu blogger tersohor tu bagi akak kaw kaw sebab owner tu kawan baik dia. Owner tu ada pm akak kat fb mintak akak datang lagi kat tempat dia, tapi suami akak tak bagi pi aaa.

Entahlah macam macam ragam blogger sekarang ni, tak sama cam blogger dulu dulu.
Teringin pulak nak rasa bila ramai yang buat review tentang restoren Me'nate yang orang kata mahal berdentum harganya daging yang di sediakan kat situ.  Masa nak masuk rasa berdebar debar gak sebab akak dah janji dengan suami akak nak sponsor.

Fikir gak alamak cam mana kalau duit tak cukup nanti ek.  Bila pilih daging yang memang dah letak harga kita kenalah ikut budget yang kita ada kan.  

Kalau dompet nipis janganlah nak makan steak yang paling mahal, pilih ajer steak yang harga yang kita mampu.
.
 Yang mahal  adalah  harga sepotong daging jenis Matsusaka Wagyu yang dimasak sebab  dikira daging yang paling terbaik dan berkualiti tinggi.

Jadi padanlah dengan harga yang ditawarkan, memang daging yang terbaik sekali.  Kat mana mana restoren pun kalau ambik daging ni sekeping memang cecah ratusan ringgit.
Suami pilih Lamb Loin Bone yang harganya RM34.20 seb dengan sos garlic.  Senang hati akak bila suami kata berbaloi makan sebab kalau gi makan order lamb kat tempat lain banyak lemak dan tulang.
akak pilih Grain Fed Strip dengan sos lada hitam yang harganya RM40.70 sen, puas hati aa sebab memang sedap dan lembut daging ni.
Imran ambil yang sama dengan suami yang berharga RM35.00.  Akak ingat nak ambil salmon tapi bila tenguk harga 50 lebih tak jadilah pulak, cam mahal jer rasa ikan tu, baik makan daging.
Mix salad ni sedap gak, RM14.00, kalau ambik menu steak kita dapat air percuma, refill lah banyak kali pun.

Selain dari tu ada gak pasta, spagheti dan makanan omputeh.  Kalau tenguk harga ok kan, sebab kalau makan kat hotel atau restoren hebat harga lebih kurang sama atU mungkin lagi mahal.

Akak puji ni sebab bukan akak di sponsor tau, akak bayar sendiri dan buat N3 dengan ikhlas, Bila nak makan steak camni untuk belanja anak dan suami, akak pecah tabung ayamlah jawabnya.

Yang paling mustahak sebab kepunyaan orang islam dan kita tak rasa was was nak makan sebab dah tentu halal kan.

Me'nate Steak Hub 
25, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor, Malaysia

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...