As'salammualaikum semua
Bila balik masa cuti sekolah bulan lepas, anak akak nak belanja kami makan...wah apalagi orang nak belanja kita ikut ajer mana dia nak bawa.
Agak jauh gak tempat makan yang namanya Williams Corner ni dari umah kat Gombak, ingatkan dia nak bawa makan makan kat restoren cantik rupanya tempat makan ni stail cam kedai mamak, tak ada air cond tau. Nasib baiklah tak bergaya sakan pakai baju branded dan kasut ngok ngek (tumit tinggi) :)
Sampai kat sini blur nak order apa, sebab tak ada menu tau..kalau nak tau nak makan tanya ajer kat mamat yang ambik order tak guna pen dan kertas. Semua dia hafal dalam otakajer...rupanya kat sini ada macam macam..dari nasi goreng, mee dan juga western foods.
Jauh jauh datang takkan nak makan mee mamak goreng, lagipun orang nak belanja kami pau ajer makanan western. Maaflah yer gambar kurang cantik sebab guna hp chap ayam jer..lupa bawa kamera lagipun semua tak sabar nak mamam
Oleh kerana, anak akak dah biasa makan dengan geng kat sini, kami suruh dia cadangkan apa yang best kat sini.
Mula-mula yang sampai Mix Ribs...harga kalau tak silap RM80.00 tapi boleh makan untuk 3-4 orang, kalau pertu kecik boleh makan untuk 5 orang..
spagheti seafood/seafood pasta, puas hati sebab seafoodnya fresh dan portionnya banyak..
boleh makan 2-3 orang..
chicken chop ada cheese (lupalak nama) mashed potato tu kurang sikit
baked pasta dengan meatball...imran
makan tak habis..kami pau sikit sikit

makan tak habis..kami pau sikit sikit

Kebetulan malam tu ada menu istimewa ribbs panggang..tak taulah harganya, tapi agak lama sampai sebab dorang baru bakar bila ada permintaan..suami akak suka bebeno dapat gak makan apa yang dia hajati..harga tak taulah
Jangan tamak, order sepinggan sorang, kalau perut kecik memang tak kan habis, membazir..kalau kuat makan pun selalunya tak habis. Baiklah share ajer daripada membazir tapi tenguk jenis makananlah. Tanyalah mamat ambik order tu makanan yang nak order tu makan untuk berapa orang.
Makan untuk 8 orang termasuk minuman RM300.00 lebih, kira oklah kannn, kalau orang yang bergaya dan nak tip top baik makan kat hotel ataupun restoran western food.
Kat sini lebih ke gaya lepak lepak, gelak gelak, makan-makan..orang memang ramai. Tapi yang geram sebab bila nak order air untuk ke 2 kali tapi sampai-sampai..lain kali kena order sekali gus baru senang.
- 3-1, Ground Floor Plaza Mayang ,
- Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya
- 47300 Petaling Jaya, Malaysia
- waktu perniagaan : 6.00pm – 3.00am
- No tel : 018-351 7921
GPS Coordinates: N3.11637,E101.60490




