OOO

Memaparkan catatan dengan label anak yang sentiasa mengingat ibunya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak yang sentiasa mengingat ibunya. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 29, 2013

Semua Anak Mak Sayang Tapi..........

Assalammualaikum 
 
 Sebagai seorang ibu yang telah melahirkan lima cahayamata dengan pelbagai cerita dan derita semasa mengandung dan melahirkan  mereka dan tentulah kasih sayang kepada semua anak adalah sama.
Dari sebesar telapak tangan sehingga sekarang ni lebih besar dari ibu sendiri, kasih sayang masih tidak berubah tak kiralah anak tu putih ataupun gelap...tak kiralah dia pandai ataupun kurang pandai.

Tetapi apabila anak-anak membesar  dan mulameninggalkan kita satu persatu, mulalah hidup terasa sunyi pula bila semua  ini tiada lagi kedengaran  di rumah.  Tiada lagi kedengaran hilai tawa anak-anak,  riuh rendahnya mereka bergaduh  dan suara mak menjerit memarahi anak-anaknya.
Tiada lagi gurau senda, tiada lagi hiruk pikuk, jeritan bila yang besar membuli yang kecik..tiadalah kedengaran tangisan si kecil.  Aduh memang kenangan sebegitu memang akan tidak  berulang kembali.  Rindunya mak dengan suasana sebegitu.

Apabila anak-anak dah membesar, mereka  mula ada kehidupan  dan mempunyai rakan mereka sendiri.  Setiap hujung minggu ada ajer urusan bersama dengan rakan-rakan sehingga ibu di rumah merasa kesepian terutama bila suami yang sentiasa bertugas jauh... tiada teman untuk berbicara, tiada teman untuk bergelak ketawa dan menangis bersama.
Kesepian mula mendatang..duk seorang memikirkan pelbagai perkara.
Tetapi bila ada seorang anak yang sentiasa boleh membawa ke mana sahaja kita nak pergi, nak jejalan, nak shopping, nak jumpa blogger, nak gi event, jumpa artis, tenguk wayang, kenduri kawin semasa ayahnya bertugas di tempat orang.. dah tentulah anak itu lebih di sayangi kerana beliau memang payah hendak mengatakan "TIDAK" kepada maknya.
 lelaki lelaki kesayangan akak
Payah hendak mendengar dia mengatakan TAK BOLEH MAK..sentiasa kata BOLEH AJER kecuali bila ada hal yang tidak boleh di elakkan dan dengan syarat kena bagitau awal. 

Walaupun kata-kata dan gurau sendanya agak kasar tapi hati dia tak sebegitu.  Terima kasih anakku.

Sehingga seorang teman blogger  EYRIQAZZ ada mengatakan

KAK INA..PAYAH NAK JUMPA  SEKARANG ANAK YANG SENTIASA MENGEKOR MAK DIA
KE MANA SAHAJA.

Alhamdulliah akak di kurniakan anak sebegitu..syukur teramat sangat dan sebab itu akak sentiasa tak berkira dengan anak akak tu.  Seorang ibu tidak perlukan wang ringgit  tetapi seorang ibu bukan  cuma perlukan perhatian, perlukan teman untuk meluahkan perasaan, perlukan teman untuk berbincang.

Tentu ada blogger yang perasan akan kehadiran anak akak tu kan.
Kepada anak-anak mak yang lain jangan pulak kata mak tak sayang kamu semua yer..cuma bila seorang anak sentiasa mengikut kata  dan memenuhi segala perminataan mak, dah tentulah nama anak tersebut sentiasa ajer di sebut-sebut.

Setiap anak mak ada keistimewaan masing-masing.

MAK MANA YANG TAK SAYANG ANAK-ANAKNYA.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...