OOO

Memaparkan catatan dengan label anyam ketupat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anyam ketupat. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 29, 2011

Memang tak pandai nak buat

Kalau buat kukis akak pandailah.  Tapi bila kena part nak anyam ketupat, memang surrender.

Dalam keluarga kami yang pandai anyam ketupat cuma adik lelaki akak, tu pun lepas kawin baru dia boleh anyam.  Masa duduk di Setapak dulu mak akan upah orang suruh anyam.  Kami cuma isi beras dan rebus.
Bila berkawin dengan suami yang berasal dari Johor, suami akaklah yang kena buat kalau giliran beraya kat rumah mak di Kuala Lumpur.  Kalau balik ke kampung suami boleh dikatakan semua pandai anyam.  

Pernah lepas kawin suami dan mak mertua ajar, tapi tangan memang tak kreatif, cuma dapat buat sekerat jalan ajer.  Pastu tu ashik tak jadi,  terus tinggalkan.
Yang pandai anyam sekarang ni cuma Yana dan Russhdi mewarisi kemahiran dari ayah mereka.  Ira tak pernah cuba..Firdaus cuma tolong potongkan daun sahaja.

Oleh kerana tahun ni giliran beraya kat umah mak, suami dan abang ipar kena anyam dalam 100 ketupat dari pagi tadi.  Jap lagi siaplah dan esok pepagi boleh rebus.  Akak cuma pandai isi beras ajer.  Jadilah kan.

Esok baru masak rendang ayam, rendang daging dan sambal sotong kering.  Kena tunggu semua balik baru meriah nak masak bebanyak.

p/s nasib baiklah ada yang pandai menganyam, kalau idak beli ketupat segera udahlah.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...