OOO

Memaparkan catatan dengan label bahana periuk tekanan tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahana periuk tekanan tinggi. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 11, 2014

Cara Guna Pressure Cooker Yang Betul

Assalammualaikum semua

Rasanya ramai yang guna pressure cooker kan..bagi wanita mungkin tau camner nak guna tapi orang lelaki memang tak pandai guna cam anak akak. 

Bila menggunakan pressure cooker ni, tekanan dan suhu yang di hasilkan sangat tinggi.

Kalau nak guna periuk tekanan tinggi ni, wajib baca arahan/buku panduan yang di sertakan sebelum guna.

Satu kelebihan mengguna pressure cooker ialah menjimatkan masa memasak terutama bila daging, ekor lembu ataupun ayam pencen yang liat jadi empuk dengan cepat.  Dapat menjimatkan masa memasak dengan cepat.

Oleh sebab anak akak tak pernah guna pressure cooker ni, dia ada call tanya camner nak guna.

Akak cuma kata guna api kecik tapi tak bagitau sampai habis.  Setelah merebus lebih kurang 20 minit, anak pun bukalah penutupnya walaupun penutup tu ketat untuk di buka.

Oleh sebab tekanan/wap masih belum di keluarkan, anak pun buka dengan sepenuh tenaga dan letupan kedengaran kat dapur.  Apa lagi habislah, tangan dia melecur teruk sehingga merah dan menggelembung. 

Nasib baiklah tak parah sangat, tapi azab gaklah menahan sakit, kena beli bandage dan ubat sapu kat farmasi. Dahlah nak dekat raya, kenalah pakai bandage bila nak berhari raya.

Bila nak masak, gunakan api perlahan sahaja, isi kurang dari 1/2, kalau idak nanti keluar air wap dari atas periuk.
Bila dah siap masak lebihkurang 1/2 jam, padamkan api.  Boleh sajer keluarkan wap atas dapur tapi akak lebih suka buh bawah air mengalir.  

Gunakan sudip atau pisau nak keluarkan wap dari tombol kecil di atas penutup,  Jika masih berdesir, maknanya tekanan masih ada lagi, jadi jangan buka penutupnya.  
Bila tiada lagi bunyi berdesir barulah boleh di buka penutupnya dan keluarkan daging yang empuk.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...