OOO

Memaparkan catatan dengan label bahasa orang johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa orang johor. Papar semua catatan

Rabu, Februari 08, 2012

Syoknya Dapat Jumpa Teman Sepermainan

Cuti sekolah tahun lepas banyak bebeno jemputan kawin, akak pergi yang dekat ajer.  
Salah satunya pasangan pengantin ni..suka tenguk pakaian dorang..simple kan..Pengantin perempuan adik teman sepermainan masa kecik..sekejap ajer masa berlalu dah jadi isteri orang dah
 
Yang seronok Yanalah..dapat makan nasi minyak
Mak dan kakak long
Yang paling best dapat jumpa teman sepermainan masa duk kat Setapak
Geng masa kecik sebelah kanan 2 beradik....kakak dia sama nama dengan akak..
akak dengan kak long sebelah kiri.  Sorang dah arwah (al fatihah) jiran tetangga, 2 beradik saudara akak..

Nilah geng main masak-masak, main galah panjang, main teng teng, geng main tembak-tembak guna senapang kayu peluru terung pipit, geng panjat pokok masa duk kat Kampung Puah..kenangan yang tak boleh di lupakan. 
 Gambar sekarang....zaman dah berubah kannn..saiz badan pun sama dah berubah..al maklumlah dah beranak pinak
Anak-anak penghibur hati yang happ memanjang

Jumaat, September 17, 2010

Raya Ke 2 ke Parit Jamil, Muar, Johor

Hari raya ke 2 bapa mertua ajak berhariraya ke rumah bisan dan saudara mara dia di Parit Jamil, Muar..

Dulu sebelum berkawin dengan suami..tak pernah tau Muar ni kat mana.  Sekarang ni dah kira terrorlah sebab tau kat mana Bus Stand..kat mana Hospital..kat mana nak beli perencah mee bandung dan kopi Muo yang sedap.

Bertolak dahlah lambat sebab gi cari bahan nak goreng mee...Pasar di Batu Anam..tak dak pun udang cuma jual sayur ajer..terpaksa cari kat Pasar di Buluh Kasap...pun hampehhhh..tutup..cuma ada orang jual ayam..jemu tenguk ayam..nasib baik ada lori jual.  Redah ajer cari udang, sayur dan segala mak nenek nak buat mee goreng.  

Nak tau berapa kg mee kami beli?  10 kilo weiiiiii.........sabar ajerlah..tukang masak nak godak pun susah..terpaksa buat 3 kali.

Abang ipar bawak jalan dalam...ikut Bukit Kepong..tapi bila nak sampai ke Jalan Pagoh...jalan jem giler..sebab Timbalan Menteri  (Mahyuddin Yassin) buat open house kat  Dewan di situ..pusing balik ikut jalan Parit Sulung.

Oleh sebab jarang guna jalan tu..kami tersesat sampai ke Peserai, Batu Pahat..jenguk gak kat mana tempat jualan pes soto peserai sebelah mobil...tak ternampaklah pulak...pastu tanya kat Petronas mereka suruh pusing balik...ikut Parit Yusof. (apasal ek belah Johor ni banyak bebeno nama Parit)

Rumah pertama kat Sungai Balang Dalam..bisan fil yang sakit..tak sampai hati nak ambil gambar.  Tangan dan percakapan tak berapa clear..sebab pernah koma kat Hospital..(akak gi dulu tu)
Lepas tu redah rumah sepupu suami tak jauh dari situ.  Perut lapar ...dengan tak malunya suami minta makan..dia masak pulak masak asam ikan kembung...tak leh tahan ni...sanggup tungguuuu...Sementara tuan rumah masak nasi kami bedal kueh raya.
duta tumpi kacang hijau(merasa kau nak..)
Banyak-banyak biskut raya..tumpi kacang hijau gak yang sodap..
bedal habis-habisan sebab homemade.
dan yang ni....kerepek pisang tandok..

lepas kenyang makan tengahari..gi pulak ke rumah bisan fil yang sakit jugak..lumpuh sebelah badan...pastu singgah rumah adik ipar  fil (kami panggil mak ngah) dan bekas isteri anak buah fil ..Kesian ibu tunggal yang menyara 3 orang anak kecil..terpaksa berhempas pulas mencari rezeki.

Ingat nak singgah kat Bandar Muo..tapi suami kata ..tak boleh sebab jalan sesak..aiseh..tak tertunailah hasrat di hati nak membeli apa-apa jajan kat Bandar Muo.Lain kali ajerlah.

Rumah terakhir di Pantai Layang di Rawang, Muar...bisan fil gak..nasib baik kakak ipar ada..dapatlah kami makan malam dan bertolak balik selepas isyak..sampai kat umah dekat pukul 10.30 malam sebab kat Pekan Tangkak..jalan jem.

p/2 kadang kala malas nak gi jalan masa raya..jalan sesak lah..tapi tak sedap pulak tak menziarah orang-orang yang lebih tua dan saudara mara..redah ajerlahhhhh jawabnya

Sabtu, Ogos 21, 2010

Belajar Loghat/Slang/Bahasa Orang Johor

Assalammualaikum

Akak memanglah anak jati Kuala Lumpur.  Dilahir dan di besarkan kat sini. Tapi ikut kat surat beranak lahir di Kampung Sungai Paya, Bangsar, Selangor.

Bila mak dan abah buat rumah kat Setapak, akak bersekolah kat Jalan Kuantan, Jalan Temerloh dan Jalan Genting Klang.  Percakapan pun mestilah stail orang sini.

Dah jodoh dapat orang Johor...ha kau....(akak memang tak pernah tau gi ke rumah suami. baik masa bercinta ataupun masa bertunang, mak akak tak kasi...ada akak ceritakan camner kisahnya..nanti selongkarlah balik yer kalau sape yang rajin) bila ada perkataan yang tak faham bila first time datang ke majlis menyambut menantu kat rumah suami akak.

Bila dah habis majlis...mereka berbual-bual dengan sanak saudara.  Rasanya loghat orang Johor taklah sesusah loghat kat Pantai Timur atau pun belah Utara. ..cuma ada perkataan yang akak tak faham.  Terganga di buatnya.
Al fatihah buat arwah mil
Arwah mil berborak dengan fil...wah ramai sungguh orang rewang kat kerja kawin/panggil kita ni ek!

Akak tercengang...apa ker benda rewang tu...setelah di explain dek hb akak rewang tu gotong royong..

Bila nak tidur malam, akak penat ..sampai menguap-guap kat depan tv.....arwah mil kata kat suami..

Lan, gi ambil gebar kat dalam gobok/gerobok. Isteri kau dah sangap dah tu.

Ishhh apa ke benda sangap  tu...akak memang blurrrr..rupernya menguap.

Bila tenguk benda yang di ambil dek hb..oooo selimut dalam almari baju.

Bila pergi jelalan lepas kawin..suami ajak gi ngeteh kat kedai..maksud dia lepak sambil minum air kat kedai, warung ataupun restoren.

Bila adik ipar kata...abang lan..nanti balik bawak jajan...rupernya makanan ringan.  Deras balik tau (cepat)

Bila tiba akak jejalan dengan suami masa lepas kawin...dia orang ingat akak gi berendut  dengan endut..(gi dating dengan pakwe/makwe)

Bila hb jumpa dengan member-member sekolah dia orang selalu guna perkataan lebih kurang camni (contoh ajer yer)

Ali jom sarap (sarapan) ker belum? 

Janlah (jomlah)  lepak (duduk kejap)..kau jumpa ada Hamid tak?  Dia tu  dahlah ireng (kulit hitam),  bongok (bodoh), pastu bigor (gila-gila)  dan gonjol (gila-gila sikit) pastu suka pakai sepatu (kasut) ataupun selipor (selipar) lain-lain, suker pulak tu berlenggeng (tak pakai baju).  

Dahlah suka kokak (benda dah tak elok) buah semangka (tembikai).  Kalau main suker mengelat (suka menipu).  Lepas dah kalah suka cembeng (kuat menangis).  Dahlah pengkor (tak pandai baling ataupun tak pandai main sesuatu permainan). 

Dulukan dia noreh (menoreh) kat kebun getah..sekarang ni dah nyawit (pergi ke kebun kelapa sawit).  Lincah (cepat) dia buat kerja.

Sekarang ni dia dah kawin dah.  Dah  pandai gendong (dukung) anak dah.  

Bini dia jual epok-epok (karipap) kat warung depan tu.

Dah faham ke idak bahasa johor ni..sekarang ni akak dah terror dah.  Pasal lepas dapat anak pertama akak duduk kat Jay Bee nak dekat setahun lebih.

Tapikan bila arwah mil  dan fil (dua-dua asal dari muo) speaking jawa terutama jawa halus...lagilah akak ternganga..kalau waras, wes tu tahulah akak..sebab dulu masa duduk kat setapak ada gak bercampur dengan keluarga jawa.

Mungkin ada lagi kot loghat Johor yang akak tak pernah jumpa?  Kalau setakat perkataan ek tu tak payahlah..akak nak tau slang yang lain pulak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...