OOO

Memaparkan catatan dengan label banjir dijohor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir dijohor. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 04, 2011

Dugaan..

Masa air naik kat tebing parit dalam pukul 9.00 pagi Ahad..kami kelam kabut berkemas nak nak balik sampai tak sempat nak mandi tapi kenalah hantar dulu
anak buah balik ke segamat sebab dia ikut balik ke rumah fil lepas makan nasi lemak arshad.
lepas tu cabut balik ke kuala lumpur...nasib baiklah tak tersangkut dalam perjalanan tapi air sungai memang naik sepanjang perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Nasib baik kami sempat lepas Pekan Gemas N9 sebab tenguk dalam berita malam tu Pekan Gemas dah tak boleh lalu dah.
air naik mendadak
Air mulai naik dihalaman/tempat parking kereta..tak sempat nak angkut kelapa pandan pasal takut kereta masuk air (pernah terjadi tahun 1990an..lebur beribu ringgit)
dulu masa banjir kami suka ..sebab boleh berenang beramai-ramai
Jalan kecil menghala ke rumah fil.  Kesian rumah kat tepi jalan ni. Kebanyakkan rumah jiran fil rumah bawah.  Aduhai tentu jenuh nak bersihkan rumah lepas tu
air mula naik dah..masa mil masih hidup tak pernah air naik sampai ke rumah
 masing-masing sibuk alihkan kereta kat tempat tinggi termasuklah adik ipar.  Lepas  tu kenalah harung banjir nak balik rumah.
rumah fil kat atas bukit..rumah jiran fil kat bawah dah tenggelam..
tapi bila tenguk gambar banjir kali ni agak menakutkanlah pulak..
apa lagi kelam kabutlah fil, adik ipar dan biras kemaskan barang-barang. Adik ipar bagitau pasukan penyelamat tak leh gi ke rumah fil sebab arus deras.

Apa nak buat, redha ajerlahkan..dugaan dari allah swt..janji mereka selamat.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...