OOO

Memaparkan catatan dengan label bayaran perubatan operation knee Kos Perubatan Operation Knee Arthroscopic Di Hospital Swasta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bayaran perubatan operation knee Kos Perubatan Operation Knee Arthroscopic Di Hospital Swasta. Papar semua catatan

Isnin, Mei 07, 2012

Kos Perubatan Operation Knee Arthroscopic Di Hospital Swasta

Oleh sebab ada yang bertanya berapa kos yang di keluarkan untuk membuat pembedahan lutut akak, akak buat N3 ini. 
Pembaca blog akak  ekinashikin  nak tau mungkin sebagai panduan dia nanti ataupun orang lain jika melakukannya di hospital swasta.
Terpaksa ambil bilik yang berharga dekat RM300 sebab bilik penuh, yang tinggal bilik itu sahaja.  Kalau nak diikutkan tak puas hati sebab bilik ni cuma besar ajer tapi bilik cam biasa ajer.  Tapi akak bersyukur sebab tinggal seorang dalam bilik walapun boring bila kesorangan.
Jumlah ini tak termasuk akak datang ke fisio terapy seminggu 3 kali dan follow up dengan doktor nanti. 
Syukur..Alhamdulliah akak di lindungi insuran, jadi tak terasalah beban nak membayarnya.  Jika tidak akak terpaksa ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.


Terima kasih juga buat  monologhero yang sudi menerangkan secara lebih lanjut tentang hal ni.  Betul tu sekarang ni akak kena kurangkan berat badan untuk kesihatan yang lebih baik.  Tapi akak cuba tak nak makan ubat kurus ..nak cuba diet sendiri.

Bila berbual bersama pesakit lain yang ada masalah macam akak, sorang kakak telah membelanjakan wang sehingga boleh membeli keta myvi kerana pergi ke pusat slim kan badan..aduhai tak mampu akak nak gi kalau camtu.



Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...