OOO

Memaparkan catatan dengan label berudu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berudu. Papar semua catatan

Khamis, September 02, 2010

Sperm aka berudu anak katak

Semalam lepas berbuka puasa di Istana Budaya...hb ambil kesempatan lepak sampai pukul 9.45 malam.  Mula-mula ramailah member perempuan kat office dia borak-borak..tapi lepas tu seorang demi seorang balik..al maklumlah ada anak dan suami kat rumah sedang menunggu.

Lama kelamaan tinggallah akak dengan Imran..ada lagi orang lain  dari pejabat yang berlainan..tak kenal takkanlah nak pot pet dengan mereka.

Masa tengah layan Imran minum air batu campur dia tanya


Mak..sperm tu apa?

Spermmmmmm ..apa tu!!!  Akak ingatkan dia tanya benda lain?

Ala macam berudu anak katak  nak jadi baby tu?

Ha kau...terkezuttt beruk akak dibuatnya...eh mana dia tau tentang hal ni...serba salah nak jawab.  Nanti mak tanyalah dengan member mak..besok mak jawab?

Mana Imran tenguk sperm aka telur katak ni..

Kat tv..tenguk macam boleh jadi baby...

Sabar ajerlah...Tolonglah bagi jawapan yang manasabah yer..Puas gak memikir camner nak jawab..sebab 4 orang yang dah besar tak pernah tanya soalan camni.


p/s macam lucah ajer ek N3 ni..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...