OOO

Memaparkan catatan dengan label blog tiffin tanpa sempadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog tiffin tanpa sempadan. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 30, 2011

Bertentang Mata Dengan Chef Yang Glam

Kami berkenalan di alam maya dalam tahun 2008 semasa akak mula-mula berjinak dengan pc dan masuk forum MY RESEPI.  Kebetulan kami berkongsi minat yang sama iaitu masak memasak dan mengumpul pinggan mangkuk lama. 

Memang dari dulu kepingin nak jumpa Mat,  tapi tak ada kesempatan nak ke Jay Bee sebab selalunya sampai ke Segamat ajer.

Alhamdulliah, akhirnya tertunailah hasrat di hati, dapat gak berkunjung ke rumah Chef yang fofolur yang mana resepi  masakan beliau telah di terbitkan di majalah-majalah fofolur di Malaysia.  

Seronoknya bila dapat menjamah sendiri hidangan dan pecuci mulut yang di sediakan oleh beliau.  Memang terbaiklah..kalau sapelah yang bertemu jodoh dengan beliau dah tentu korang beruntung.

Walaupun sampai agak lambat di sebabkan sesat kerana pergi ke tempat shopping yang tengah fofolur (nanti akak cerita kat mana yer) , beliau masih sudi menyambut kami dengan senyuman.

Dapat juga bertemu dengan bonda beliau yang di panggil Mak Yah, ayahanda dan kekanda beliau tapi cuma  sebentar sahaja kerana mereka hendak membawa Mak Yah ke klinik.  

Terasa rugi tak boleh berbual panjang dan bergambar dengan Mak Yah sebab masa tu tengah menikmati hidangan tengahari yang di masak oleh Mat Gebu.
Anak-anak akak memuji masakan yang dihidangkan terutama Imran.  Bila makan pencuci mulut  trifle buatan Mat Gebu dengan selamba Imran berkata..

Kalah mak masak...sabar ajerlah wahai anak..
Aduhai kereta kalau di baik pulih tentu cun kan...antik sungguh.

Memang kalau diikutkan tak puas berjumpa beliau tapi masa mencemburui kami, dengan berat hati kaki melangkah meninggalkan rumah beliau.
Sedapnya roti ini...gebu sungguh, terima kasih sebab Mat sudi memberi ole-ole dan roti  untuk di bawa  di Jay Bee.  Bangga sudi dapat berkenalan dengan Chef Fofolur Satu Malaysia.

p/s Datang ke rumah Mat hari Selasa lepas tapi disebabkan penat dan bzzz sikit baru dapat curi masa buat N3 ini.  Sayangnya sebab tak leh letak muka Mat kat sini sebab ada sebab tertentu.

Kalau korang nak baca N3 beliau boleh ke SINI

MAT GEBU ORANGNYA RAMAH
SERONOK BERBUAL TAK INGAT BALIK
TERIMA KASIH KERANA BAGI DATANG RUMAH
KALAU BOLEH TAK NAK BALIK

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...