Assalammualaikum
Baru sampai dari JB petang semalam dan mendapat berita sedih bahawa teman blogger Jejai akhirnya telah meninggalkan dunia yang fana ini sekitar jam 3.15pm sebaik keluarga mertuanya pulang dari Muar semalam sehari selepas ulangtahun kelahiran arwah. (sumber Denaihati)
42 tahun 1 hari..umur arwah masih muda tapi beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menderita penyakit kanser paru-paru. (sumber : Kid)
Jenazah Arwah telah selamat di semadikan kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.
Alhamdulliah..akak sempat berjumpa arwah di rumah bapa mertua di Kapar sebanyak 2 kali. Pada pertemuan pertama sempena hari raya tahun lepas arwah masih lagi ceria dan mengenali akak, suami dan anak-anak. Beliau sempat membeli mee bandung untuk kami.
Pertemuan kali ke 2 pada bulan Disember lalu..sebaknya hati bila melihat perubahan fizikal arwah..arwah masih lagi mengenali akak, Imran dan sempat berbual dengan arwah. Itulah pertemuan terakhir yang akan menjadi ingatan buat selama-lamanya.
Banyak kenangan manis bersama arwah yang tak akan dilupakan , lawak jenaka dan gelak tawamu akan sentiasa terpahat di ingatan. Semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Semoga Allah SWT menempatkannya di dalam golongan hamba-hamba yg soleh. Ya Allah, tempatkanlah sahabatku ini di Jannah-Mu, amin.Al fatihah
PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (mohon sebarkan kepada semua Rakan Blogger dan Facebook)
Takziah kepada Isteri Arwah, Mazliana Othman dan 4 orang anak Arwah dan keluarga Allahyarham Jejai semuga tabah menghadapi ujian.
Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul setelah kehilangan suami tersayang.
Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )