OOO

Memaparkan catatan dengan label bulan ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan ramadhan. Papar semua catatan

Selasa, September 07, 2010

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Di Bulan Ramadhan (Macam-Macam Ada)

Oleh sebab tak tahan dengan godaan nafsu sebab ada lagi barang keperluan yang nak di beli akak pun menjengkit ke Jalan TAR.  Tak sah jika di bulan Ramadhan tak gi jejalan kat sini.  Terutama  bila tenguk kat TV3 semalam
 Nak ker tak nak...puas bincang dengan penjual ni.
Mula-mula ingat nak beli karpet kat JACKEL..tapi tak jadi sebab ada yang jadi penahan nafsu...dia bagi alasan cam tulah..camni lah..lelama tak beli pun karpet baru.
Orang tak berapa ramai time hari bekerja ni..senang sikit nak jalan.  Mula-mula masuk kedai tudung HAJA pastu tak berkenan..gi pulak ke ARIANI..ala yang masuk dalam paper sebab ada orang tiru design Ariani  dan pastu jual harga murah..nasib tak baik kena serbu..

Aduhai mahal betul betul harga tudung kat Ariani ni..tapi ramai gak ek orang beli.  Akak tak bekerja..kalau beli kat sini pun orang kata beli pasar malam.
Terus terbeli kat sini sebab harga memang murah betul.
Sambar 3 helai untuk pakai ke pasar ker..ke giant ker..
Ada RTM buat pengambaran..habis semua di suruh menyanyi lagu hari raya..termasuk penguatkuasa DBKL ni..tergelak akak menenguknya.  
Bila ada DBKL janganlah parking ikut suka hati habis kereta di tariknya ..ada 2-3 kereta kena tarik..teruklah nanti nak membayarnya.  

Tu sebab akak suka parking  kat tempat letak kereta..jauhpun jauhlah..mahal pun mahallah..janji tak terjadi macamni.  Tapi hari ni bertuah gak sebab manager akak duk dalam kereta.  Bila dah habis jelajah Jalan TAR ni dia ambil di Komplek Pertama.
 Lepas tu beli baju melayu manager dan terus ke SOGO.  Beli 2 barang dan terus gi  ke  Perpustakaan Negar dan ke Jaya Jusco Wangsa Maju pulak.
Sampai rumah nak dekat pukul 5.00...letih sungguh..

Kalau nak ikut nafsu memang kering dompet di buatnya.  Betul tak? Kan Jalan TAR ni macam-macam ada.

Rabu, Ogos 11, 2010

Al Fatihah Buat Kakak Ipar dan Selamat Menyambut 1 Ramadan 1431 Hijrah

Arwah Zaharah  binti Samsuddin  (kakak suami tapi ayah lain) telah meninggal dunia pada  hari Isnin 9hb. Ogos 2010 pada pukul 7.13 petang di  Hospital Melaka  setelah setahun lebih menderita penyakit Limfoma Malignum.  
Bila tumbuhnya benjolan kecil  di leher beliau tidak mendapatkan rawatan awal kerana takut hendak ke hospital.  Bila arwah tidak boleh bersuara lagi barulah arwah bersetuju (tu pun dek paksaan anak-anak) hendak mendapatkan rawatan tetapi telah terlambat sebab kanser telah menyerang .

Beliau telah berkali-kali buat kimo sehingga rambut beliau berguguran dan semalam bila kali terakhir akak menatap wajah arwah rambut beliau memang telah tiada (kesan dari kimo).  Tubuh badan beliau cuma tinggal kulit sahaja dan berbeza semasa beliau sehat walafiat.

Walaupun doktor telah berusaha, tetapi mungkin dek kerana umur beliau 61 tahun dan daya badan tidak kuat,  maka akhirnya beliau kembali mengadap Allah s.w.t.
 masa  hari raya tahun lepas
Syukur alhamdulliah bila beliau meninggal, suami dan anak-anak dapat mengadap arwah semasa beliau nazak.

Kali terakhir akak melawat arwah pada bulan lepas (semasa N3 pergi ke Perigi Hang Tuah).  Semasa berbual-bual dengan arwah, arwah ada menyebut ingin datang ke rumah akak jika beliau telah sehat.  Kiranya hajat arwah tidak kesampaian dan semalam arwah  telah  selamat di kebumikan pada kira-kira pukul 11.00 pagi.

Limfoma malignum atau istilah medisnya Non Hodgkin Lymphoma (NHL), adalah kanker ganas yang terdiri atas sel darah putih ganas yang menyebabkan pembengkakan menyeluruh kelenjar getah bening disekujur tubuh : leher, ketiak, lipat paha, mesenterium/jaringan  lemak perut, para cardial dikanan-kiri jantung, dst. Kenapa kelenjar getah bening membengkak?

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini sila rujuk

http://www.sukmamerati.com/limfoma-kanker-kelenjar-getah-bening-tersering-pada-usia-produktif 

dan di 


Minta maaflah yer..tak jumpa pulak dalam bahasa melayu mengenai penyakit ni..artikel ni dalam bahasa indonesia.

Semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

 Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1431 Hijriah,

Akak ingin mengucapkan  Selamat Berpuasa buat pengunjung blog akak..tak kiralah muda, tua, lelaki, perempuan  dan silent reader yang sudi meninggalkan komen dan membaca coretan akak di blog ini.

Jika ada yang terasa hati membaca coretan akak, akak ingin menghulurkan salam kemaafan dari hati yang tulus ikhlas .  Manalah tau mungkin Ramadan ini merupakan Ramadhan yang terakhir .

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...