OOO

Memaparkan catatan dengan label burung puyuh salai masak lemak cili padi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label burung puyuh salai masak lemak cili padi. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 18, 2012

Masak Lemak Cili Api Burung Puyuh Salai

Masa balik dari rumah arwah mak ngah hari Selasa lepas, akak ajak hb singgah kat warung jual makanan salai kat Pedas.  Apa lagi borong macam-macam termasuk rebung dan buah mangga.  Masakan N9 yang paling abah, omak, anak-anak den suko.  Kalau ada cencaluk lagi kaw-kaw..

Bahan-bahan
  • 6 ekor burung puyuh salai
  • 15-20 biji cili padi kampung-kalau nak podeh tambahlah laei
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 100gm rebung masam
  • 1/2kg/500ml santan pekat
  • 300-300 ml air
  • 2 batang serai-dititik hujungnya
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat dan di ikat
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara
1.  Tumbuk cili api, halia, serbuk kunyit, kunyit hidup, serai yang telah dititik dan garam sehingga lumat.
2. Masukkan burung puyuh salai dan rebung masam yang telah di basuh.
3.  Masukkan semua ke dalam periuk dan tuang santan pekat -(tinggalkan sedikit yer.).bersama air, asam keping dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan kacau selalu.
4.  Biarkan  dalam 10 minit  dan masukkan pula lebihan santan pekat dan biarkan mendidih lagi dan rasa dulu garam baru di tutup api.
5.  Makanlah bersama nasi panas dan ikan masin.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...