OOO

Memaparkan catatan dengan label car boots sales di sunderland united kingdom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label car boots sales di sunderland united kingdom. Papar semua catatan

Isnin, Mei 16, 2011

Pasar Lambak Omputih

Kat sini orang panggil car boot sales..memang terpegun bila tenguk barang yang di jual kat sini.  Macam-macam ada..berbaloi-baloi jika membelinya..harga dari 50 pence hingga ke 30 pound..bergantung pada barangan yang di jual.  Jaket kulit terpakai berjenama tak sampai 50 ringgit.
Kalau ada anak kecik memang banyak barangan yang di jual di sini.  Barangan yang di jual memang elok lagi keadaannya dan jika bernasib baik kita boleh jumpa yang masih ada label harga barang sebenar dengan syarat kena rajin memunggah.  


Akak ikut panduan pelajar kat sini..jika berkenan dan harga munasabah terus ajer angkut sebab bila pusing balik tentu dah tak ada..orang lain dah angkut.  Omputih pun banyak beli barang kat sini...taklah jatuh standard akak beli kat sini kan..
Antara barangan yang akak sempat sambar...walaupun hb pot pet pot pet..bising susah nak bawak balik nanti. Mana boleh tahan bila tenguk harga yang ditawarkan murah sungguh.  Semuga tak lah pecah dalam perjalanan pulang nanti.


p/s kalau akak duk lama kat sini mau satu kotena bawak balik barang yang di jual di sini.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...